Judul : [Video Tun SILA LETAK JAWATAN SEBAGAI Perdana Menteri] Krisis keyakinan pada kerajaan akibat salah PH sendiri.
link : [Video Tun SILA LETAK JAWATAN SEBAGAI Perdana Menteri] Krisis keyakinan pada kerajaan akibat salah PH sendiri.
[Video Tun SILA LETAK JAWATAN SEBAGAI Perdana Menteri] Krisis keyakinan pada kerajaan akibat salah PH sendiri.
Selasa, 26 Februari 2019Krisis keyakinan pada kerajaan akibat salah PH sendiri
Krisis keyakinan rakyat terhadap PH banyak dipengaruhi oleh tindakan kerajaan yang dilihat selalu bercanggah, kata sebuah agensi perhubungan awam hari ini.
Menurut Citrine One Sdn Bhd (Citrine One) apabila wujud suasana tidak seragam dalam kalangan anggota kabinet apabila ada dasar diumum, orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
Pengurus Citrine One, Ivlynn Yap, berkata sistem komunikasi yang tidak utuh antara pemimpin dan rakyat juga telah menjadi penyumbang terbesar terhadap tahap keyakinan orang ramai.
“Kerajaan mengeluarkan polisi sedikit demi sedikit, bukan secara menyeluruh, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Sidang media berkenaan diadakan bagi membentangkan dapatan kaji selidik mengenai tahap kepuasan rakyat mengenai cara penyampaian maklumat kerajaan.
Seramai 321 responden dari seluruh negara terlibat dalam kaji selidik berkenaan yang dijalankan di antara 22 Jan hingga 21 Feb lalu.
Individu berusia di antara 18 dan 30 tahun adalah kumpulan responden terbesar iaitu 53.6 peratus, berbanding kelompok usia 31 dan 40 tahun sebanyak 16.5 peratus, lebih 50 tahun 17.1 peratus, 41 dan 50 tahun 11..8 peratus dan bawah 18 tahun hanya 1 peratus.
Daripada jumlah itu 56.4 peratus ialah wanita dan selebihnya lelaki.
Rasuah bukan lagi teratas
Mengikut pecahan kaum, responden Melayu adalah yang paling ramai melibatkan 43.69 peratus diikuti Cina (17.8 peratsu); India (34.6 peratus) dan lain-lain (4 peratus).
Yap berkata kaji selidik menunjukkan fokus rakyat pada ketika ini adalah pada sektor pendidikan, keselamatan awam, kos sara hidup dan gejala rasuah.
Katanya keputusan itu juga mengejutkan kerana menunjukkan kini rakyat lebih memberi perhatian kepada isu yang berkait rapat dengan mereka, dan bukan lagi tentang rasuah.
“Mungkin sudah tiba masanya, kerajaan PH berusaha menangani masalah isu semasa berbanding asyik menggali kes-kes lama," katanya.
Menurut Yap lagi antara dapatan kaji selidik tersebut ialah 41.1 peratus responden masih belum jelas mengenai polisi pendidikan yang diumumkan kerajaan.
Selain itu, 58.6 peratus responden berpendapat bahawa jadual balik pembayaran PTPTN perlu lebih diperhalusi.
Tinjauan sama mendapati 41.3 peratus daripada responden menganggap bahawa kerajaan tidak proaktif menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.
Namun begitu, menurut Yap, keputusan itu tidak boleh dianggap mewakili pandangan seluruh rakyat Malaysia kerana hanya diwakili oleh 321 penduduk di kawasan bandar dengan Selangor mewakili lokaliti utama.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Tun SILA LETAK JAWATAN SEBAGAI Perdana Menteri] Krisis keyakinan pada kerajaan akibat salah PH sendiri.
Sekianlah artikel [Video Tun SILA LETAK JAWATAN SEBAGAI Perdana Menteri] Krisis keyakinan pada kerajaan akibat salah PH sendiri. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Tun SILA LETAK JAWATAN SEBAGAI Perdana Menteri] Krisis keyakinan pada kerajaan akibat salah PH sendiri. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/video-tun-sila-letak-jawatan-sebagai.html