[Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN.

[Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN.
link : [Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN.

Baca juga


[Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN.

Sabtu, 2 Februari 2019

TUN MAHATHIR TAK BOLEH PANDANG MUDAH KAJIAN MEROSOTNYA PRESTASI KERAJAAN

Sehingga ini sudah dua dapatan umum oleh NGO atau badan pemikir yang menunjukkan prestasi kerajaan atau kepimpinannya sudah merosot di mata rakyat.

Sebelum Ilham Centre bersama Penang Institute memaparkan dapatannya dua hari lalu yang menunjukkan gambaran jelas ketidakpuasan hati rakyat dalam beberapa perkara, khususnya berkaitan janji manifesto,  agenda Melayu, menurunkan kos sara hidup dan sebagainya, Invoke telah pun lebih dulu mengeluarkan dapatannya.

Dalam dapatan  yang dikeluarkan oleh Invoke pada pertengahan Disember lalu, gambaran ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan juga terlihat jelas sehingga rating Tun Mahathir Mohamad didapati telah menurun sebanyak 20 peratus berbanding Jun 2018 iaitu sebulan selepas PH membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, oleh kerana Invoke dikaitkan dengan Rafizi Ramli, ramai yang memandang sinis laporan yang dibentangkannya itu.

Tun Mahathir sendiri dalam reaksinya  berhubung penurunan ratingnya sebagai Perdana Menteri itu turut menyindir dengan berkata, “Rafizi memang seorang yang serba tahu semua perkara”.

Tetapi, dengan Ilham Centre bersama Penang Institute juga melaporkan hasil kajian yang tidak banyak berbeza dengan Invoke, Tun Mahathir dalam hal ini tidak boleh lagi berdiam diri dan terus dalam sindrom penafian untuk selama-lamanya.

Kenyataan beliau bahawa dapatan itu tidak tepat dan hanya melibatkan segelintir Melayu saja tidak lebih merupakan penafian untuk menyedapkan hati semata-mata.

Sebenarnya ketika ini, jika mana-mana NGO atau badan pemikir sekali pun yang membuat kajian berhubung prestasi kerajaan dan tahap kepuasan hati rakyat terhadapnya, dapatannya pasti tidak jauh berbeza.

Lebih daripada itu, PH juga harus menerima hakikat bahawa suara ketidakpuasan hati itu ada di mana-mana dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk direka-reka.

Mengapa Najib Razak tiba-tiba jadi popular dan diminati oleh anak-anak muda, meskipun sebelumnya sudah ditolak dalam PRU14 kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB, punca utamanya tidak lain ialah kerana kerajaan terlalu rendah prestasinya.

Kiranya kerajaan berjalan dengan baik, menteri-menteri menunjukkan prestasi dan janji-janji semasa kempen dapat ditunaikan, memang tiada ruang sama sekali untuk Najib mampu mencelah mendapat perhatian semula

Dalam hal ini, khususnya Tun Mahathir, beliau harus segera bertindak memperbaiki kelemahan, menunaikan janji dan menjawab keresahan rakyat yang nampaknya semakin berkembang hari demi hari.

Tun Mahathir mesti serius melihat semula semua ketidakpuasan hati yang dibentangkan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute serta berusaha mengatasinya jika mahu PH ini bertahan lebih lama memerintah negara.

Menteri yang perlu ditegur atau diberi amaran keras, tindakan itu tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Begitu juga jika perlu ada rombakan kabinet dan menteri tertentu perlu dibuang, ia juga wajib dilakukan dengan segera.

Berkaitan dengan janji manifesto, PH jangan beralasan lagi daripada menunaikannya. Janji tetap janji dan rakyat hanya mahu ia ditunaikan sebagaimana sedapnya mulut pemimpin-pemimpin yang ada ini melafazkannya ketika mereka berkempen dahulu.

Kata seorang bekas Ahli Parlimen UMNO, Tun Mahathir bukan baru dalam politik, malah pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini, maka tiada sebab beliau tidak boleh faham betapa pentingnya menunaikan janji yang sudah dilafazkan kepada rakyat.

Jika tidak, kata beliau, jangan sesekali membuat apa-apa janji kepada rakyat. (ShahbudinHusin 01/02/2019)


Demikianlah Artikel [Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN.

Sekianlah artikel [Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video TERKEJUT Penumpang Bas Bila Tun Mahathir Tiba-Tiba Muncul!] Tun M tak boleh pandang mudah PRESTASI KERAJAAN. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/video-terkejut-penumpang-bas-bila-tun.html

Subscribe to receive free email updates: