Judul : [Video Tajaan lawatan PDRM ke Turki tak wajar] Syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan polis ke Turki?
link : [Video Tajaan lawatan PDRM ke Turki tak wajar] Syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan polis ke Turki?
[Video Tajaan lawatan PDRM ke Turki tak wajar] Syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan polis ke Turki?
Jumaat, 15 Februari 2019KUALA LUMPUR 13 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta menyatakan jumlah sebenar kos tajaan ke atas lawatan oleh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki oleh syarikat Da Ma Cai.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penjelasan itu penting bagi mengelakkan wujudnya konflik kepentingan yang berkaitan perkara tersebut.
"Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan harus segera menyatakan jumlah sebenar kos yang telah ditaja oleh Da Ma Cai. Jika melihat gambar yang tersebar di internet, pegawai polis yang turut serta dalam lawatan kerja tersebut ditemani oleh isteri mereka.
"Kita tidak mahu wujudnya konflik kepentingan dalam perkara ini. Jadi adalah wajar kerajaan Pakatan Harapan memberi penjelasan," katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.
Kata Khairy, Menteri Dalam Negeri sahkan 'lawatan kerja' yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun dan rombongan beberapa pegawai tertinggi PDRM ke Turki itu diluluskan beliau untuk belajar tentang kaedah menangani masalah judi online.
Tetapi pada masa sama katanya, Menteri Kewangan pula menyatakan 'lawatan kerja' tersebut dibuat menerusi Lembaga Totalisator Malaysia, agensi di bawah Kementerian Kewangan tetapi segala kos perbelanjaan ditaja oleh Da Ma Cai, sebuah syarikat judi dan loteri di Malaysia.
"Dengan kata lain, sebuat syarikat judi menaja pasukan polis untuk belajar menangani masalah judi haram," katanya. - UTUSAN ONLINE.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/berapa-kos-da-ma-cai-taja-lawatan-polis-ke-turki-1.840258#ixzz5fbNl1laJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel [Video Tajaan lawatan PDRM ke Turki tak wajar] Syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan polis ke Turki?
Sekianlah artikel [Video Tajaan lawatan PDRM ke Turki tak wajar] Syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan polis ke Turki? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Tajaan lawatan PDRM ke Turki tak wajar] Syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan polis ke Turki? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/video-tajaan-lawatan-pdrm-ke-turki-tak.html