Judul : [Video "Kita sedar diri le" Kalau saya jual durian, beli lah - IGP] Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam & Najib minta maaf pada pekerja syif malam.
link : [Video "Kita sedar diri le" Kalau saya jual durian, beli lah - IGP] Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam & Najib minta maaf pada pekerja syif malam.
[Video "Kita sedar diri le" Kalau saya jual durian, beli lah - IGP] Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam & Najib minta maaf pada pekerja syif malam.
Selasa, 26 Februari 2019Amacam?
Baru ko rasa skang kena bayar tol kan!!
Masa jadi Penyangak Malaysia ko sedap² semua benda free?
Masa jadi Penyangak Malaysia ko sedap² semua benda free?
Ini pun menipu juga demi maslahat agaknya..belajar dgn sapa la tu. Kikiki.
Hanipa: Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam
Kenyataan berbentuk sindiran Najib Razak mengenai langkah kerajaan PH mengusun semula mekanisme bayaran tol beberapa lebuh raya boleh dianggap penghinaan kepada pihak tertentu, kata pemimpin Amanah.
Menurut Hanipa Maidin kedudukan dan keistimewaan yang ada pada Najib mungkin menyebabkan bekas perdana menteri itu tidak memahami apa yang dialami rakyat biasa.
Katanya Najib bolehlah dianggap berasakan dirinya sangat suci sehingga tergamak menyindir dan mentertawakan orang lain yang mencari rezeki pada waktu malam hingga awal pagi.
"Memanglah, apa ada masalah pada beliau? Meskipun ada puluhan kes di mahkamah, dia tak ada masalah nak bayar wang jaminan, tak perlu nak kerja syif malam untuk cari duit membayar ikat jamin yang nilainya mencecah jutaan ringgit," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Hanipa yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah Najib juga sangat bernasib baik kerana selepas ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah serta salah guna kuasa, masih boleh berpakaian kemas dan galak berswafoto.
Katanya keadaan berbeza untuk orang lain yang ditahan polis apabila mereka dipakaikan baju lokap yang berwarna oren atau ungu.
"Anwar Ibrahim dulu kena tumbuk lagi. Mat Sabu atau Rafizi Ramli berkaki ayam dengan baju lokap.
"Ketua menteri Sabah pun disarungkan baju oren," katanya.
Mengikut kaedah baru itu pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart akan dikenakan kadar bayaran sedia ada pada waktu puncak.
Untuk kegunaan di luar waktu puncak mereka diberikan potongan harga sebanyak 30 peratus, manakala bagi tempoh di antara 11 malam hingga 5 pagi, laluan berkenaan boleh digunakan secara percuma.
Menurut Najib kebanyakan orang sedang tidur pada waktu lebuh raya berkenaan boleh dilalui dengan percuma.
"Yang tak tidur, siapa? Hantu tak tidur... lepas itu kaki botol tak tidur, kaki LGBT, yang cari pelanggan mungkin tak tidur, yang lain semua tidur... pukul 11 malam semua tidur," katanya disambut ketawa orang yang hadir.
Menurut Hanipa dalam keadaan terpalit dengan berpuluh tuduhan di mahkamah Najib juga giat berkempen di merata-rata tempat tanpa ada rasa malu.
Katanya keadaan berbeza bagi sesetengah orang apabila didakwa di mahkamah. Malah kata Hanipa mempunyai latar belakang bidang guaman itu, ada orang yang sanggup membunuh diri kerana malu apabila didakwa di mahkamah.
Malaysiakini.
Najib minta maaf pada pekerja syif malam
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak meminta maaf susulan kenyataan beliau bahawa hanya golongan LGBT dan kaki botol akan menikmati 'tol percuma' yang dicadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Bukan niat saya untuk mempersendakan sebarang kumpulan masyarakat yang bekerja pada waktu malam atau yang menggunakan lebuhraya tol selepas jam 11 malam.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video "Kita sedar diri le" Kalau saya jual durian, beli lah - IGP] Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam & Najib minta maaf pada pekerja syif malam.
Sekianlah artikel [Video "Kita sedar diri le" Kalau saya jual durian, beli lah - IGP] Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam & Najib minta maaf pada pekerja syif malam. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video "Kita sedar diri le" Kalau saya jual durian, beli lah - IGP] Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam & Najib minta maaf pada pekerja syif malam. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/video-kita-sedar-diri-le-kalau-saya.html