Judul : [Video Jika Projek ECRL diteruskan KITA JADI PAPA KEDANA - TUN M] Kemelut ECRL & Curi Apa BOSSKU! Berdoalah agar negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah angkara pemimpin KLEPTOKRASI (Penyamun).
link : [Video Jika Projek ECRL diteruskan KITA JADI PAPA KEDANA - TUN M] Kemelut ECRL & Curi Apa BOSSKU! Berdoalah agar negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah angkara pemimpin KLEPTOKRASI (Penyamun).
[Video Jika Projek ECRL diteruskan KITA JADI PAPA KEDANA - TUN M] Kemelut ECRL & Curi Apa BOSSKU! Berdoalah agar negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah angkara pemimpin KLEPTOKRASI (Penyamun).
Jumaat, 1 Februari 2019Masalah ECRL
Walaupun bukan sekali-kali tujuan kita bermusuh dengan China atau juga mana-mana negara namun kepentingan negara dan rakyat jelata adalah lebih utama. Matlamat kerajaan PH dalam isu ECRL ini adalah untuk meringankan beban hutang negara sebanyak yang mungkin.
Maka dalam perkiraan kerajaan PH adalah lebih baik menamatkan projek itu dan membayar ganti rugi kepada China atau kalau terpaksa dilaksanakan juga ialah hendaklah dengan kos dan syarat yang lebih ringan.
Ada sumber berkata, walaupun hutang projek itu sekarang RM55 bilion tetapi apabila diambil kira kos dan tanggungan jangka panjang ia mungkin mencapai RM100 bilion atau lebih. Masalahnya sekarang kita sudah disedut masuk ke dalam geopolitik China.
Kita dalam dilema ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kita memerlukan pasaran China untuk barang-barang dan perkhidmatan kita manakala China pula takut pembatalan ECRL akan berjangkit kepada negara-negara lain yang mempunyai perjanjian yang sama dengannya.
Rasanya dunia lebih mengambil berat perhubungan dengan kita sejak Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri.
Selain rundingan di belakang tabir, China baru-baru ini melancarkan apa yang saya istilahkan sebagai “diplomasi opera”. China terkenal dengan opera atau di negara kita disebut wayang Cina.
Kedutaan China di Malaysia dilaporkan telah merakam dan mengedarkan sebuah lagu bagi memperingati 45 tahun perhubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. Saksi video di atas.
Di dalam dunia di mana diplomasi dan ekonomi tidak dapat dibezakan serta dipisahkan, kita tidak ada pilihan selain mencari jalan keluar terbaik tanpa menjejaskan air muka, menoda kedaulatan dan membebankan kewangan negara.
Apa pun kesudahan kepada episod ini, pengajaran dan iktibarnya amat jelas, iaitu di tangan sebuah kerajaan, sebuah parti politik dan seorang pemimpin yang korup, negara boleh menjadi muflis, tergadai dan terjajah.
Maka di bahu siapa pun terpikul tanggung jawab untuk menyelesaikan kemelut ECRL ini, diharapkan bahawa penyudahnya biarlah negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah. - a.kadir jasin
TS.
Demikianlah Artikel [Video Jika Projek ECRL diteruskan KITA JADI PAPA KEDANA - TUN M] Kemelut ECRL & Curi Apa BOSSKU! Berdoalah agar negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah angkara pemimpin KLEPTOKRASI (Penyamun).
Sekianlah artikel [Video Jika Projek ECRL diteruskan KITA JADI PAPA KEDANA - TUN M] Kemelut ECRL & Curi Apa BOSSKU! Berdoalah agar negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah angkara pemimpin KLEPTOKRASI (Penyamun). kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Jika Projek ECRL diteruskan KITA JADI PAPA KEDANA - TUN M] Kemelut ECRL & Curi Apa BOSSKU! Berdoalah agar negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah angkara pemimpin KLEPTOKRASI (Penyamun). dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/video-jika-projek-ecrl-diteruskan-kita.html