Judul : TVET akan terus berperanan sebagai "game changer" - Maszlee
link : TVET akan terus berperanan sebagai "game changer" - Maszlee
TVET akan terus berperanan sebagai "game changer" - Maszlee
YB DR MASZLEE: TVET AKAN TERUS BERPERANAN SEBAGAI 'GAME CHANGER'
YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia menekankan tiga pendekatan bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Tiga pendekatan teras itu ialah kualiti institusi-institusi serta pengajaran dan pembelajaran TVET, kolaborasi dan nilai tambah kepada industri, dan kolaborasi antara institusi-institusi TVET merentasi kementerian.
Sambil menekankan ia sebagai asas kepada perjalanan masa depan, beliau percaya sistem pendidikan TVET akan terus berperanan sebagai 'game changer' dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi.
Penjenamaan semula TVET diharap dapat mengubah persepsi negatif masyarakat yang sering beranggapan bahawa sistem TVET adalah pilihan kedua atau hanya diceburi oleh mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik, kata beliau.
"Pelbagai inisiatif telah diambil untuk mengarus perdana dan memperluas akses bidang TVET negara bagi meningkatkan enrolmen pelajar," katanya.
YB Dr Maszlee berkata penelitian pelbagai aspek berkaitan pelaksanaan TVET merangkumi perkara yang berkaitan akreditasi dan pertauliahan program, pertindihan penawaran program TVET, artikulasi serta mengubah persepsi masyarakat terhadap TVET.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk mempertingkatkan kerjasama strategik antara institusi TVET dan mewujudkan keselarasan ekosistem TVET di negara ini.
Kerjasama dan hubungan kolaboratif meliputi kerjasama dalam penggunaan fasiliti dan peralatan, penggunaan sumber manusia dan kepakaran, pelaksanaan aktiviti bersama untuk meningkatkan 'employability' dan kebolehpasaran pelajar serta perkongsian amalan-amalan terbaik di antara MTUN, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan YB Menteri Pendidikan Bersama Penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), KPM di Kuala Lumpur, hari ini.
#KPM #MOE
Sumber: FB KPM
YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia menekankan tiga pendekatan bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Tiga pendekatan teras itu ialah kualiti institusi-institusi serta pengajaran dan pembelajaran TVET, kolaborasi dan nilai tambah kepada industri, dan kolaborasi antara institusi-institusi TVET merentasi kementerian.
Penjenamaan semula TVET diharap dapat mengubah persepsi negatif masyarakat yang sering beranggapan bahawa sistem TVET adalah pilihan kedua atau hanya diceburi oleh mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik, kata beliau.
"Pelbagai inisiatif telah diambil untuk mengarus perdana dan memperluas akses bidang TVET negara bagi meningkatkan enrolmen pelajar," katanya.
YB Dr Maszlee berkata penelitian pelbagai aspek berkaitan pelaksanaan TVET merangkumi perkara yang berkaitan akreditasi dan pertauliahan program, pertindihan penawaran program TVET, artikulasi serta mengubah persepsi masyarakat terhadap TVET.
Kerjasama dan hubungan kolaboratif meliputi kerjasama dalam penggunaan fasiliti dan peralatan, penggunaan sumber manusia dan kepakaran, pelaksanaan aktiviti bersama untuk meningkatkan 'employability' dan kebolehpasaran pelajar serta perkongsian amalan-amalan terbaik di antara MTUN, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan YB Menteri Pendidikan Bersama Penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), KPM di Kuala Lumpur, hari ini.
#KPM #MOE
Sumber: FB KPM
Demikianlah Artikel TVET akan terus berperanan sebagai "game changer" - Maszlee
Sekianlah artikel TVET akan terus berperanan sebagai "game changer" - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TVET akan terus berperanan sebagai "game changer" - Maszlee dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/tvet-akan-terus-berperanan-sebagai-game.html