Judul : RAKYAT MULA MENYESAL UNDI PH... PRK SEMENYIH BAKAL LAKAR POLITIK LEBIH JAUH - IDRIS
link : RAKYAT MULA MENYESAL UNDI PH... PRK SEMENYIH BAKAL LAKAR POLITIK LEBIH JAUH - IDRIS
RAKYAT MULA MENYESAL UNDI PH... PRK SEMENYIH BAKAL LAKAR POLITIK LEBIH JAUH - IDRIS
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih walaupun hanya PRK namun ianya membawa makna yang cukup besar untuk melakar politik yang lebih jauh pada masa akan datang.
“Dah banyak dah orang menyesal… setiap hari timbul isu-isu melibatkan soal agama, soal janji yang tidak ditepati, soal macam-macam menyebabkan mereka menyesal terhadap tindakan sebelum ini. Jumpa kita kadang-kadang mereka bertanya… Ustaz bila nak pilihan raya… tidak sabar untuk mengundi membuat perubahan kembali, lebih-lebih lagi mereka melihat penyatuan serta kerjasama antara PAS dengan UMNO.
“Sebab itu sekarang ini ada mereka yang berusaha supaya kerjasama ini tidak jadi. Mereka akan gunakan apa cara sekalipun. Mereka pergi berjumpa dengan orang-orang UMNO jangan percaya dengan PAS… pergi jumpa dengan orang PAS jangan percaya dengan UMNO. Ini mereka sedang lancarkan. Mereka tahu kalau kita lagi bertembung… bak kata perumpamaan ‘kalau bertembung dengan lesung yang kenyangnya ialah ayam’.
“Sebab itu dalam hal seumpama ini kita mengharapkan supaya pengundi akan dapat memberikan undi kepada Zakaria Hanafi untuk memastikan suara rakyat dapat dibawa walaupun menang atau kalah ianya bukan satu perubahan politik yang akan berlaku di Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Santai Malam Bersama Tok Mat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pajam, di sini malam tadi.
Ust Idris seterusnya memberitahu dakwaan dan segala desas-desus yang mengatakan PAS tidak membantu pada kempen PRK berkenaan dijawab dengan amalan ataupun tindakan apabila jentera parti berkenaan berkampung di setiap PDM seluruh DUN Semenyih.
Beliau seterusnya membangkitkan janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya seperti pemansuhan PTPTN, tol dan sebagainya lagi termasuklah AES, malah beliau menukilkan pantun berhubung janji dalam perkara berkenaan:
“Kalau tuan ke Tanjung Malim,
Jangan lupa singgah kedai Pak Rashid;
Sebelum menang AES zalim,
Selepas menang AES menepati Maqasid.”
Pada penghujung ucapannya beliau turut melontarkan kata-kata berbentuk peringatan untuk sama-sama dihayati oleh pengundi PH.
“Akhirnya saya ingin membaca satu peringatan kepada orang-orang yang hidup yang terdiri dari kalangan pengundi–pengundi PH.
“Wahai pengundi-pengundi PH, apabila datang pemimpin-pemimpin PH kepada kamu, maka kamu jawablah dengan lidah yang fasih. Jangan kamu takut dan jangan kamu rasa bimbang kerana mereka hanyalah manusia biasa sepertimana kamu.
“Wahai tuan-tuan… sesungguhnya tol tidak dihapuskan itu benar. Wahai pengundi-pengundi PH… hutang PTPTN tidak dimansuhkan itu adalah benar dan harga minyak tidak diturunkan juga adalah benar manakala AES tidak dihapuskan adalah benar dan kasut hitam juga adalah benar,” ujarnya lagi.
Hari pengundian PRK DUN Semenyih akan berlangsung pada 2 Mac ini melibatkan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi, Muhammad Aiman Zainali (PH), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas Kuan Chee Heng.
Demikianlah Artikel RAKYAT MULA MENYESAL UNDI PH... PRK SEMENYIH BAKAL LAKAR POLITIK LEBIH JAUH - IDRIS
Sekianlah artikel RAKYAT MULA MENYESAL UNDI PH... PRK SEMENYIH BAKAL LAKAR POLITIK LEBIH JAUH - IDRIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RAKYAT MULA MENYESAL UNDI PH... PRK SEMENYIH BAKAL LAKAR POLITIK LEBIH JAUH - IDRIS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/rakyat-mula-menyesal-undi-ph-prk.html