Judul : BUKTI TERBENTANG NYATA PPBM TIDAK MAMPU JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM
link : BUKTI TERBENTANG NYATA PPBM TIDAK MAMPU JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM
BUKTI TERBENTANG NYATA PPBM TIDAK MAMPU JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah membidas kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengatakan bahawa partinya mampu menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Menurut Dr. Shamsul, realiti yang berlaku adalah sebaliknya jika melihat kepada senario politik semasa kini di mana kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiada berkeupayaan mempertahankan kesucian Islam serta kepentingan orang Melayu, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyebut Bersatu (PPBM) sebuah parti yang membela kepentingan Melayu dan Islam dan beranggapan peranan itu akan dimainkan oleh Bersatu, tapi secara realitinya, hakikatnya dapat dilihat ia tidak akan berlaku kerana rakyat memahami bahawa kerajaan hari ini dipimpin oleh orang Islam tapi dikuasai oleh orang lain.
“Dalilnya boleh kita lihat banyak perkara, contohnya ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum), kerajaan hari ini cuba mengganggu-gugat perkara yang dipersetujui bersama dan diikat begitu lama.
“Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang tidak keupayaan untuk mempertahankan banyak perkara yang sebenarnya telah terpelihara contohnya agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan dipersetujui secara bersama, dan bukannya UMNO dan PAS itu rasis,” ujarnya dalam Diskusi N24 Semenyih dengan topik perbincangan ‘UMNO – PAS, Kebersamaan Dan Solidariti Melayu, Islam’ yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi, di sini.
Tegasnya lagi, kerajaan PH tidak berkeupayaan untuk mempertahankan perkara-perkara penting yang menyentuh sensitiviti umat Islam yang berlaku kegelisahan kepada rakyat.
“Sebab itu rakyat lihat perlu ada parti yang perlu mempertahankan semua itu.
“Tidak pernah berlaku sebelum ini (segelintir pihak) dengan begitu berani mengkeji, menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pernah juga berlaku pada kerajaan terdahulu ada individu menghina Nabi tapi telah diambil tindakan secepatnya, tapi hari ini kerana perundangan tidak dikawal dengan sepatutnya, maka isu ini dibiarkan, sudah tentu kegelisahan kepada rakyat.
“(Begitu juga) institusi milik orang Islam (Tabung Haji) kini bukannya 100 peratus pemimpin Islam sebenarnya dan dikawal oleh pihak lain. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, jemaah haji yang kali pertama telah ditiadakan subsidi dan ini adalah perkara-perkara yang menggusarkan umat Islam,” katanya.
Oleh kerana itulah tambahnya lagi, rakyat kini menyokong kerjasama UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang memelihara dan mempertahankan kesucian agama serta kedaulatan bangsa.
“Walaupun UMNO dan PAS ini bukan dalam kerajaan ketika ini, tetapi boleh beri peranan mendesak sebagaimana kerajaan mahu menandatangi ICERD dan deklarasi hak manusia yang tidak baik kepada negara.
“Saya percaya jika rakyat memberi dokongan ke atas kerjasama UMNO dan PAS, yakin dan mampu menjadi benteng kekuatan agama Islam, ia pasti memberi rahmat kepada rakyat secara keseluruhan.
“Secara hakikatnya anggota pentadbiran kerajaan dikuasai oleh mereka yang tidak mempunyai semangat dan roh mempertahankan perkara penting orang Melayu dan umat Islam,” bidasnya lagi.
Demikianlah Artikel BUKTI TERBENTANG NYATA PPBM TIDAK MAMPU JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM
Sekianlah artikel BUKTI TERBENTANG NYATA PPBM TIDAK MAMPU JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUKTI TERBENTANG NYATA PPBM TIDAK MAMPU JAGA KEPENTINGAN MELAYU DAN ISLAM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/bukti-terbentang-nyata-ppbm-tidak-mampu.html