Judul : [Video Temuduga Terbesar Di Malaysia 2 Minggu Dari Sekarang] Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat2.
link : [Video Temuduga Terbesar Di Malaysia 2 Minggu Dari Sekarang] Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat2.
[Video Temuduga Terbesar Di Malaysia 2 Minggu Dari Sekarang] Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat2.
Selasa, 29 Januari 2019Kadir: Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat
Prestasi Pakatan Harapan (PH) setakat ini telah merosot berbanding jangkaan penyokongnya, kata wartawan veteran A Kadir Jasin
Kadir berkata orang ramai menjangkakan mereka akan dapat melihat bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan beberapa "bulan lalu."
"Mereka kecewa melihat dia (Najib) berkelakuan seolah-olah dia masih perdana menteri.
"Penyokongnya kembali mendapatkan keyakinan mereka dan menjulangnya - yang terkini dengan kempen "malu apa bosku ".
"Tanpa menghalang dia dan mereka yang berkomplot dengannya mendapatkan keadilan, rakyat akan lebih gembira jika mereka ke penjara atas kesalahan mereka secepat mungkin," tulis Kadir di blognya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kekalahan PH dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada Sabtu.
Najib sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal 1MDB dan menghadapi 38 pertuduhan jenayah kerana menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan pengubahan wang haram.
Pertuduhan pertama terhadapnya dibuat pada September lalu, namun perbicaraan masih belum bermula.
Najib bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan terhadap beliau.
Sementara itu, Kadir yang juga penasihat media Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan PH juga menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan terhadap perkara lain.
"Saya terpaksa memberi markah yang rendah kepada menteri yang bertanggungjawab untuk pengeluaran makanan, bekalan, pengangkutan, harga, pemantauan dan penguatkuasaan.
"Harga makanan yang berpatutan menjadi isu. Orang tua dilaporkan mati kerana mahukan makanan percuma!
"Para menteri yang bertanggungjawab untuk perpaduan negara, pembangunan luar bandar, pendidikan dan pelancongan juga harus menyinsing lengan baju mereka atau berdepan desakan agar mereka disingkirkan," katanya.
Kadir berkata rakyat tidak mahu lagi kerajaan hari ini menyatakan mereka akan mengkaji sesuatu perkara atau hanya menyalahkan kerajaan BN terdahulu.
Selain itu beliau menambah, pemimpin PH juga harus bersikap lebih mesra kepada rakyat.
Kadir memberikan contoh beliau melihat para menteri dan timbalan mereka hanya berkumpul di meja VIP di Cameron Highlands dan tidak bercampur gaul dengan rakyat.
"Orang-orang yang mengambil risiko mengundi PH pada pilihan raya umum yang lalu lebih berhak mendapat daripada apa yang sedang ditawarkan sekarang.
"Seperti yang saya nyatakan dalam catatan Facebook saya pada 27 Januari, keputusan Cameron Highlands menunjukkan bahawa terdapat bahaya yang jelas kepada PH pada masa ini.
"Jika rakyat boleh mengundi PH, mereka juga boleh mengundi untuk singkirkan PH," katanya.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Temuduga Terbesar Di Malaysia 2 Minggu Dari Sekarang] Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat2.
Sekianlah artikel [Video Temuduga Terbesar Di Malaysia 2 Minggu Dari Sekarang] Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat2. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Temuduga Terbesar Di Malaysia 2 Minggu Dari Sekarang] Rakyat gembira dengan PH jika Najib dipenjarakan cepat2. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/video-temuduga-terbesar-di-malaysia-2.html