[Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

[Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.
link : [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

Baca juga


[Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

Sabtu, 5 Januari 2019
Image may contain: text

Jangan biar politik wang kuasai PH

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tampil menyatakan sokongan terhadap Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendapat tentangan akar umbi dari partinya ekoran lantang menentang cadangan pemberian kontrak kepada ketua bahagian bagi tujuan politik.
Charles turut menggesa kepimpinan Pakatan Harapan menyokong Menteri Belia dan Sukan itu dalam mesyuarat yang diadakan mereka hari ini bagi membincangkan isu tersebut.
“Saya menyokong beliau (Syed Saddiq) sepenuhnya kerana kita tidak mahu politik wang menguasai Pakatan Harapan.
“Dan saya sekeras-kerasnya mengutuk usaha boikot terhadap Syed Saddiq yang digerakkan oleh pemimpin akar umbi yang tanpa segan silu memberikan alasan mereka hilang segalanya apabila meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu minggu lalu sependapat dengan wakil Wilayah Persekutuan, Mohd Shahni Ismail, ketua bahagian Bandar Tun Razak, yang dalam ucapannya meminta kontrak dan jawatan kerajaan diberi kepada pimpinan parti.
Ia bagaimanapun mendapat tentangan Syed Saddiq yang menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.
“Perwakilan Wilayah Persekutuan tadi, sampai berani sebut menteri yang menjanjikan (kontrak).
“Bayangkan itu boleh jadi kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mana boleh, janji (kontrak) pergi jumpa menteri. Perhimpunan UMNO pun tak berani bincang ini (kontrak), mana maruah kita,” katanya.
Charles berkata, beliau tidak ada masalah sekiranya ketua bahagian Bersatu sememangnya merupakan ahli perniagaan yang berjaya, namun mereka harus melalui proses yang telus dalam mendapatkan sebarang kontrak kerajaan.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Dan jika kita tutup mata, kita tidak ada bezanya dengan Umno.
“Bagaimana kita menangani isu ini amat penting kerana rakyat sedang memerhatikan setiap gerak geri kita,” ujarnya. – Roketkini.com


Demikianlah Artikel [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH.

Sekianlah artikel [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video RIBUT TROPIKA PABUK, Waspada Semua] Jangan biar politik wang kuasai PH. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/video-ribut-tropika-pabuk-waspada-semua.html

Subscribe to receive free email updates: