Judul : [Video Kasut hitam sudah mula dipakai sebahagian murid sekolah] Malaysia Baharu - 10 Pencapaian dalam 6 bulan (Julai-Dis 2018) & Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, adalah penawar terbaik buat Malaysia!
link : [Video Kasut hitam sudah mula dipakai sebahagian murid sekolah] Malaysia Baharu - 10 Pencapaian dalam 6 bulan (Julai-Dis 2018) & Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, adalah penawar terbaik buat Malaysia!
[Video Kasut hitam sudah mula dipakai sebahagian murid sekolah] Malaysia Baharu - 10 Pencapaian dalam 6 bulan (Julai-Dis 2018) & Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, adalah penawar terbaik buat Malaysia!
Rabu, 3 Januari 2018TS.
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, adalah penawar terbaik buat Malaysia!
Di penghujung 2018, rakyat Malaysia berpeluang meraikan perubahan kerajaan buat kali pertama setelah 61 tahun yang berlaku sekali seumur hidup. Walaupun korupsi yang berakar dan penyalahgunaan kuasa antara sebab-sebab untuk kejayaan besar gabungan pembangkang PH pada 9 Mei 2018, sebab utamanya masih kesusahan ekonomi yang dialami rakyat akibat kegagalan polisi, kapitalisme kroni, dan sudah tentunya skandal-skandal kewangan 1MDB yang cukup terkenal.
Kerajaan baharu PH di bawah pimpinan tegas dan berminda perubahan Perdana Menteri tertua di dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mengecap beberapa kejayaan yang jelas. Malaysia telah membebaskan diri dari menjadi simbol kleptokrasi global dengan menuntut akauntabiliti penuh untuk skandal 1MDB, memburu pemulangan wang yang dicuri, dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab. GST telah diganti dengan SST, serta RM19.4 Bilion bayaran balik GST yang tidak dibayar akan dipulangkan kepada pembayar cukai pada tahun 2019, setelah tertangguh selama 2 tahun apabila Kerajaan terdahulu enggan membayar balik wang tersebut.
Walaupun berlaku kurangan dana setelah pemansuhan GST, dan kerosakan akibat skandal 1MDB dan hutang RM1 Trilion, termasuk membayar RM8.3 Bilion atau 88% dari nilai kerja projek talian paip yang hanya siap 10%, Kerajaan PH masih mampu meneruskan program bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Harga petrol dan kadar tol lebuh raya telah dibekukan dan kenaikan tidak dibenarkan. Untuk pertama kalinya penjawat awam Kerajaan menerima bayaran khas akhir tahun mereka pada tahun yang sama, dan bukan tahun berikutnya.
Melalui pentadbiran yang bersih dan tabir urus CAT iaitu cekap, akauntabiliti, dan telus, Kerajaan PH mampu mendapatkan penjimatan tambahan sebanyak RM1.6 Bilion di hujung tahun, yang telah diagihkan dan dikongsi dengan penjawat am, penoreh getah dan pekebun kecil, peneroka FELDA dan ibu bapa berpendapatan kurang dari RM3,000. Lebih penting lagi, kumpulan B40 akan menerima, buat kali pertama di dalam sejarah, perlindungan insurans kesihatan secara percuma di dalam bentuk bayaran RM8,000 untuk diagihkan dalam tempoh masa yang akan ditentukan, dan bayaran pendapatan gantian ketika rawatan di hospital selama 14 hari setiap tahun sebanyak RM50 sehari, atau RM700 setahun.
Malaysia perlukan 3 tahun untuk pulihkan kesihatan kewangan kita dan mengambil tempat sebagai ekonomi baru muncul yang mempunyai harapan untuk mencapai status pendapatan tinggi. Bloomberg telah pun meletakkan Malaysia di tempat pertama di kalangan 20 ekonomi baru muncul terbaik di dunia. Meskipun terpaksa membaiki kerosakan kewangan yang dilakukan Kerajaan terdahulu, kesemua 3 agensi penarafan kredit antarabangsa mengekalkan taraf Malaysia.
Undi percaya ini dibuktikan dengan peningkatan mendadak di dalam eksport pada Oktober 2018 kepada taraf tertinggi di dalam satu bulan sebanyak RM96.4 Bilion dan lebihan dagangan sebanyak RM16.3 Bilion yang mencatatkan rekod. Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang telah diluluskan di dalam sektor pembuatan meningkat dari Mei ke September 2018 sebanyak RM27.7 Bilion atau 379% dari RM7.3 Bilion tahun 2017 kepada RM35 Bilion tahun 2018.
Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan yang dinikmati semua adalah penawar terbaik untuk politik polarisasi yang meracun, eksploitasi sentimen perkauman dan pelampauan agama, yang menggugat tatanegara Malaysia. PH satu-satunya gabungan politik yang tidak korup dan berkemampuan untuk mengurus ekonomi, membayar gaji dan saraan penjawat awam, membangunkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat pada masa yang sama. Pada ketika ini, hanya Pakatan Harapan merupakan gabungan politik yang boleh mewakili rakyat Malaysia mengikut demografi atau geografi, dari semua bangsa, agama, dan latar belakang, tidak kira sama ada mereka dari Perlis, Johor, Sabah atau Sarawak.
2019 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk Malaysia jika kita kekal bersatu padu demi masa hadapan yang cerah untuk anak-anak kita. Bersama-sama kita membangun agar ekonomi kita boleh mengaum semula dan rakyat Malaysia sekali lagi akan disegani seantero dunia.
Selamat Tahun Baru 2019!
*Ucapan Tahun Baru 2019 DAP oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng
Demikianlah Artikel [Video Kasut hitam sudah mula dipakai sebahagian murid sekolah] Malaysia Baharu - 10 Pencapaian dalam 6 bulan (Julai-Dis 2018) & Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, adalah penawar terbaik buat Malaysia!
Sekianlah artikel [Video Kasut hitam sudah mula dipakai sebahagian murid sekolah] Malaysia Baharu - 10 Pencapaian dalam 6 bulan (Julai-Dis 2018) & Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, adalah penawar terbaik buat Malaysia! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Kasut hitam sudah mula dipakai sebahagian murid sekolah] Malaysia Baharu - 10 Pencapaian dalam 6 bulan (Julai-Dis 2018) & Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, adalah penawar terbaik buat Malaysia! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/video-kasut-hitam-sudah-mula-dipakai.html