Judul : RON95: TAHUN BARU, RAKYAT KENA TIPU LAGI - NAJIB
link : RON95: TAHUN BARU, RAKYAT KENA TIPU LAGI - NAJIB
RON95: TAHUN BARU, RAKYAT KENA TIPU LAGI - NAJIB
Tindakan kerajaan untuk mengangguhkan keputusan untuk mengurangkan harga RON95 selaras dengan harga minyak dunia turut mengundang sindiran daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ini belum U-Turn lagi. Ini traffic light. Ini bukan lagi senyap-senyap tibai. Ini sudah terang-terang tibai 30 sen setiap liter.
"Beratus juta ringgit cukai petrol untuk minggu ini lagi. Tibai dua bulan lebih, mana cukup? Tahun Baru, rakyat kena tipu lagi,"dakwa Najib dalam satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2.20 seliter untuk tempoh beberapa hari. Penetapan itu turut melibatkan petrol RON97 pada harga RM2.50 seliter dan diesel RM2.18 seliter.
Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pengekalan harga itu mengambil kira pandangan semua pihak termasuk mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)
Mesyuarat Kabinet yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membuat keputusan harga baharu petrol dan diesel Rabu nanti.
Sebelum ini, media melaporkan, Guan Eng berkata, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah secara mingguan mulai 1 Januari 2019.
Pada 22 Disember lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan telah mengenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas petrol RON95 sejak awal Disember.
Menurutnya, berdasarkan harga Brent semasa iaitu sekitar AS$52 setong, harga petrol RON95 sepatutnya dikenakan antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak berbanding RM2.20.
Demikianlah Artikel RON95: TAHUN BARU, RAKYAT KENA TIPU LAGI - NAJIB
Sekianlah artikel RON95: TAHUN BARU, RAKYAT KENA TIPU LAGI - NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RON95: TAHUN BARU, RAKYAT KENA TIPU LAGI - NAJIB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/ron95-tahun-baru-rakyat-kena-tipu-lagi.html