Judul : Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada
link : Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada
Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada
Gambar hiasan |
Menurut pegawai khas yang mengendalikan penempatan guru-guru di Kementerian Pendidikan, tiga negeri tersebut adalah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
“Kita mengakui memang ramai guru yang ingin pindah dan mengajar di Semenanjung tetapi tiada penempatan di sini terutama di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Empat negeri ini hampir 100 peratus telah diisi dengan guru yang memang berasal dari situ.
“Jika mereka tetap ingin ke empat negeri tersebut, keutamaan diberikan kepada guru-guru yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya antara 10 hingga 13 tahun atau 153 bulan. Kita cuba ikhtiar dan bantu mana yang boleh,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Laporan eksklusif Utusan Malaysia hari ini memaparkan kisah menyayat hati seorang guru muda, Afif Zulfathi Jaafar, 28, yang mengajar di Belaga, Sarawak tidak sempat menatap wajah terakhir ibunya yang meninggal dunia tengah hari semalam.
Beliau yang mengajar mata pelajaran Matematik di sebuah sekolah di pedalaman Belaga itu hanya mengetahui ibunya meninggal dunia selepas beberapa jam menerusi rakan guru yang lain yang datang menggunakan perahu.
Jelas pegawai khas terbabit, guru-guru yang menepati syarat boleh mengisi borang pertukaran untuk dipertimbangkan.
Katanya, proses pertukaran guru-guru akan dilakukan dua kali setahun iaitu pada setiap Jun dan Disember.
Sumber: Utusan
loading...
Demikianlah Artikel Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada
Sekianlah artikel Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/peluang-guru-duka-lara-pulang-ke.html