[MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK

[MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK
link : [MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK

Baca juga


[MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK



SHAHANIZA SHAMSUDDIN (depan, tiga dari kanan) bersama aktivis



Dialek atau loghat Pahang bersendikan aliran arus Sungai Pahang yang menjadi teras ketamadunan Melayu Pahang perlu terus dipopularkan kerana memiliki keindahan intonasi yang unik.

Pengubah lagu rakyat terkenal, Afzamnizam Ismail berkata, loghat Pahang mempunyai nilai komersial tersendiri kerana penutur jati dialek berkenaan berbeza mengikut daerah.

“Menyedari keunikan dialek Pahang, kami menganjurkan ‘Geme Loghat Pahang’ di setiap daerah di negeri ini. Kami menjelajah ke seluruh negeri bagi mempopularkan lagi bahasa daerah di samping mencungkil budaya tradisi tempatan untuk diketengahkan,” katanya selepas majlis ‘Geme Loghat Pahang’ di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempopularkan loghat Pahang ke seluruh negara.

Beliau mahu loghat Pahang turut dikenali sebagaimana loghat Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Malah beberapa perkataan Pahang sudah dikenali masyarakat luar seperti perkataan ‘popalih’, ‘moh la weh’, ‘rodong’ dan ‘kas’. Pahang begitu unik kerana mempunyai loghat paling banyak dan berbeza antara daerah,” katanya.

Menurutnya, medium paling berkesan untuk mempopularkan loghat Pahang adalah melalui lagu yang boleh disiarkan melalui radio dan televisyen selain media sosial.

“Selain loghat, kerajaan nege­ri akan mempopularkan makanan, permainan tradisional serta pakaian tradisi Pahang kepada masyarakat tempatan serta luar,” katanya.




Demikianlah Artikel [MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK

Sekianlah artikel [MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MARAN] POPULARKAN LOGHAT PAHANG YANG UNIK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/maran-popularkan-loghat-pahang-yang-unik.html

Subscribe to receive free email updates: