MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA....

MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA.... - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA....
link : MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA....

Baca juga


MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA....





Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan sinis mengatakan kelebihan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) adalah kemampuannya menyucikan seputih-putihnya seseorang.

Begitu juga Perdana Menteri (PM) kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu boleh menjadikan seseorang itu dilihat sebagai manusia paling jahat, katanya dalam satu status di Facebooknya.

“Sebenarnya itulah kelebihan Tun M. Dia boleh mensucikan seputih-putihnya seseorang dan boleh menjadikan seseorang itu dilihat sebagai manusia paling jahat.

“Ini yang beliau buat pada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Anwar mulanya dijadikan manusia paling jijik. Kemudian menjadi bersih dan bakal jadi PM. Begitu juga Lim Guan Eng.

“Begitu juga beliau cuba lakukan terhadap Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) dan Zahid Hamidi (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi),” tegasnya lagi.

Puad memberi reaksi demikian ketika mengulas kenyataan Tun M di sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini yang berkata tiada perbincangan mengenai kenyataan kontroversi Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman, Naib Presiden parti pimpinannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Maksudnya tiada tindakan disiplin ke atasnya (Ab Rashid),” bidas Puad.

Ketika Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut minggu lalu, Ab Rashid di dalam ucapannya menggelar ahli parti PPBM yang membantah pemberian jawatan dan kontrak kerajaan kepada pimpinan parti sebagai ‘pandangan bodoh’ serta menggesa mereka mesti memenangi pilihan raya dengan apa cara sekalipun.

Tambah Puad, Ab Rashid juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) yang dilantik oleh Tun M.

“Bagaimana dia mahu melakukan reformasi sedangkan pemikirannya dikuasai oleh jiwa kotor, salah guna kuasa dan perasuah?

“Kenapa BERSIH diam membisu?,” soalnya.




Demikianlah Artikel MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA....

Sekianlah artikel MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHU JADI SUCI SEPUTIH-PUTIHNYA? ADA CARANYA.... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/mahu-jadi-suci-seputih-putihnya-ada.html

Subscribe to receive free email updates: