KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee

KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee
link : KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee

Baca juga


KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee

Imej via FB Kementerian Pendidikan Malaysia
PUTRAJAYA 2 Jan. - Tidak akan berlaku lambakan pelajar di sekolah harian susulan dasar Kementerian Pendidikan yang memberi keutamaan terhadap penempatan golongan berpendapatan rendah (B40) di sekolah berasrama penuh (SBP).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, lambakan pelajar tidak menjadi isu kerana setiap sekolah mempunyai kuota kemasukan masing-masing seperti ditetapkan selama ini.
“Polisi kita pada kali ini adalah mengembalikan semangat SBP yang kalau dulu kita lihat memberi ruang kepada golongan miskin luar bandar dan kurang kemampuan.

“Tetapi mutakhir ini, ia telah menjadi sekolah elit kerana ramai anak orang kaya pun pergi sekolah asrama penuh dan akhirnya anak kurang kemampuan tidak dapat peluang,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan hari pertama sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 14(1) di sini hari ini.

Pada masa sama, Maszlee menjelaskan, pelajar cemerlang akan sentiasa berjaya di mana-mana sekolah walaupun tidak mendapat tempat di SBP.

Katanya, mereka mempunyai rekod cemerlang namun sebaliknya tidak dapat memasuki sekolah berasrama, pelajar berkenaan mampu meraih pencapaian sama ada di dalam bidang akademik dan korikulum.

“Mengikut pengalaman, saya lihat pelajar cemerlang walaupun di sekolah kampung (luar bandar), pun akan cemerlang.

“Insya-Allah mana jua sekolah pelajar masuk, mereka akan berjaya dengan berkat didikan guru dan ibu bapa,” katanya. - UTUSAN ONLINE

loading...


Demikianlah Artikel KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee

Sekianlah artikel KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/kpm-janji-tidak-berlaku-lambakan.html

Subscribe to receive free email updates: