Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel

Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel
link : Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel

Baca juga


Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel


Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford.

Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi.

Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel.

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.

“Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Israel ataupun Yahudi. Kita akan dilabelkan sebagai anti-semitik bila kita cuba mengkritik dengan bebas mengenai Israel.”

Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Israel untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.

“Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Israel. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka”.

Ditanya adakah adil untuk rakyat Israel dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Israel menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.

“Kerajaan Israel sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Israel tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka" jawab Dr Mahathir dengan diberikan tepukan gemuruh daripada hadirin. - Astro AWANI


Demikianlah Artikel Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel

Sekianlah artikel Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/ini-jawapan-power-tun-mahathir-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :