Buat La Kerja..!

Buat La Kerja..! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buat La Kerja..!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buat La Kerja..!
link : Buat La Kerja..!

Baca juga


Buat La Kerja..!


Buktikan lah bahawa rakyat memilih kamu bukan kerana kamu anak Musa Aman..! 

Buktikan kepada rakyat yang kamu wakili bahawa kamu memang pejuang rakyat..! 

Buktikan kepada rakyat bahawa kamu akan bekerja bersungguh sungguh kerana berterima kasih di atas kepercayaan yang dicurahkan kepada kamu  sekeluarga selama ini..! 

Anggota Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa yang juga anak kepada bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.
Hafez mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof di kamar Khas parlimen.
Sebelum ini, beliau merupakan satu-satunya anggota parlimen yang masih belum mengangkat sumpah bagi jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-14.
Beliau telah diberikan surat peringatan untuk tampil mengangkat sumpah segera atau berdepan hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen jika gagal berbuat demikian selepas tempoh ditetapkan pada 15 Jan.
Terdahulu Hafez dilaporkan berada di United Kingdom sejurus selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.
Buktinya kerja baik yang kamu lakukan hari ini telah diganjari dengan..
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan pasport antarabangsanya dari mahkamah bagi mendapatkan rawatan di London.
Hakim Rozina Ayob membenarkan pasport Musa dilepaskan bemula 15 Jan hingga 10 Feb dengan beberapa syarat tambahan.
Antara syarat itu ialah pergerakan Musa hanya terhad ke Singapura dan London untuk tempoh pelepasan pasport itu dan sekiranya mahkamah mendapati ada pergerakan lain selain dari dua negara berkenaan maka jaminan ke atasnya akan terbatal.
Rozina berkata Musa juga perlu melapor diri di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Pejabat Kedutaan Malaysia di London setiap tiga hari sekali sepanjang tempoh berada di London pada 23 Jan hingga 8 Feb.
“Tertuduh perlu mengemukakan kepada mahkamah alamat penginapan ketika berada di Singapura dan London, sebelum pasport antarabangsa dapat dilepaskan,” katanya.
Mahkamah turut memerintahkan Musa, 68, supaya memulangkan semula pasport selewat-lewatnya pada 11 Feb, dan penjamin perlu bertanggungjawab terhadap tertuduh serta mengetahui di mana tertuduh berada.
Mahkamah juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran untuk mengenakan jaminan sementara bagi pelepasan pasport sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin dan wang jaminan itu akan dikembalikan semula selepas Musa menyerahkan pasport antarabangsanya ke mahkamah setelah kembali daripada menerima rawatan.
Rozina turut memerintahkan Musa melapor diri lebih awal di Pejabat Kedutaan Malaysia di London sekiranya pada hari yang sepatutnya beliau melapor diri adalah pada cuti umum.
"Contohnya hari yang ketiga adalah cuti umum, tertuduh perlu melapor diri pada hari kedua, perlu lapor awal jangan lewat," kata Rozina ketika menjawab soalan peguam Ridha Abdah Subri yang bertanya sekiranya hari ketiga untuk melapor diri adalah cuti umum.
Mahkamah kemudian menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes Musa yang turut diwakili peguam Francis Ng Aik Guan dan Amer Hamzah Arshad.
Tak susah rasanya kalau memang kita orang baik yang akan melakukan kerja baik demi rakyat..!
Lakukan tugas demi Agama, Bangsa dan Negara..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri..!



Demikianlah Artikel Buat La Kerja..!

Sekianlah artikel Buat La Kerja..! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buat La Kerja..! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/buat-la-kerja_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :