Apa Dah Jadi..?

Apa Dah Jadi..? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Dah Jadi..?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Dah Jadi..?
link : Apa Dah Jadi..?

Baca juga


Apa Dah Jadi..?


Apa hal pulak membaca dan membudayakan bacaan Al Quran, berzikir dan bersilaturahim menjadi kesalahan?

'Kami dipecat mungkin kerana qunut, Yasin malam Jumaat'

Pemecatan iman di Perlis dispekulasi mempunyai kaitan dengan amalan agama negeri itu yang berbeza dengan negeri-negeri lain.
“Katanya, pemecatan tersebut mungkin disebabkan mereka mengamalkan bacaan zikir selepas solat, doa qunut, bacaan Yasin pada malam Jumaat serta selawat ketika solat tarawih” menurut laporan Utusan Malaysia.
Akhbar itu memetik salah seorang imam dari Masjid Batu Dua, Kangar yang enggan namanya didedahkan.
Perlis satu-satunya negeri yang tidak terikat secara khusus dengan salah satu mazhab fikah. Negeri-negeri lain di Malaysia mengikuti Mazhab Shafie.
Perbezaan itu sering membuatkan negeri Perlis digelar sebagai Wahabi. Gelaran ini bagaimanapun ditolak oleh raja dan alim ulama negeri.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) hari ini dilapor menamatkan perkhidmatan 25 imam dan menukarkan 10 lagi iman ke kariah lain berkuat kuasa 1 Januari.
Tiada alasan diberikan dalam surat pemecatan itu, yang turut dilihat Malaysiakini.
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau akan menjawab perkara itu malam ini secara langsung.
Pada 25 Julai tahun lalu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah sekiranya masjid-masjid merasakan ajaran yang dipraktikkan mereka selama ini benar, mereka boleh berjumpa dengan mufti serta merujuk al-Quran mengenai perkara itu.
Sementara itu, imam Masjid Batu Dua juga berkata mereka tidak dipanggil atau diberikan amaran terlebih dahulu.
“Amalan seperti selawat, surah Yasin sememangnya menjadi amalan jemaah sejak dahulu dan kita mengikut kemahuan mereka.
“Di Perlis ini, kira-kira 10 daripada keseluruhan 100 buah masjid di negeri ini dikatakan tidak sealiran dengan jabatan agama daripada sesetengah perkara seperti doa qunut, zikir dan bacaan Yasin.
“Yang lain kita ikut cara yang ditetapkan jabatan agama ini termasuk menggunakan teks khutbah Jumaat yang disediakan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi imam dari Masjid Al- Maghfirah Sanglang, Abdullah Sabu, 61, pula berkata, dia juga terkilan dengan tindakan yang disifatkan terburu-buru itu.
“Tengah elok-elok di masjid, tiba-tiba jadi kelam kabut dengan tindakan ini. Kebanyakan jemaah juga merasakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan tersebut,” beliau dipetik sebagai berkata.
Pegang anjing boleh pulak yer?
Siapa? Bila? Cuba semak kenyataan puak wababi di utara tu..!
Wahabi di Saudi tu betul..yang mengaku wahabi di Malaysia ni yang nampak sangat rosaknya..!
Membawa pengaruh yang menyonsang dan menyebabkan perpecahan dikalangan masyarakat dan umat Islam nak panggil apa pulak?
Lu Fikir La Sendiri..!


Demikianlah Artikel Apa Dah Jadi..?

Sekianlah artikel Apa Dah Jadi..? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Dah Jadi..? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/apa-dah-jadi_4.html

Subscribe to receive free email updates: