ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN

ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN
link : ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN

Baca juga


ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN



ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN



Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman perlu melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mengeluarkan cadangan yang menjejaskan reputasi dan maruah parti.

Presiden Persatuan Gerakan Demokrasi Profesional (Prodem), Md. Shukri Shuib berkata, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu perlu berlapang dada untuk berbuat demikian akibat impak negatif yang diterima Bersatu ekoran daripada cadangannya Ahad lalu.

“Jawatankuasa disiplin Bersatu kena ambil tindakan tegas terhadap Abdul Rashid dan beliau juga kena mengundurkan diri kerana telah mencemarkan imej parti.

“Beliau perlu berlapang dada dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut demi keutuhan Bersatu dan pemimpin-pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Abdul Rashid dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu telah mencadangkan ketua bahagian dan ketua cawangan mesti memperoleh lebih wang menerusi pemberian projek kerajaan.

Jelas Md. Shukri yang juga bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti di utara tanah air, cadangan Abdul Rashid itu tidak mencerminkan langsung keperibadian yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Naib Presiden.

“Kena ubah sikap, baharu tujuh bulan jadi kerajaan sudah pandai mengajar orang lain untuk menggunakan pengaruh,” katanya.




Demikianlah Artikel ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN

Sekianlah artikel ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ABDUL RASHID PERLU LEPAS JAWATAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/abdul-rashid-perlu-lepas-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates: