Judul : Video ahli muzik mainkan gitarnya ketika jalani pembedahan tumor otak
link : Video ahli muzik mainkan gitarnya ketika jalani pembedahan tumor otak
Video ahli muzik mainkan gitarnya ketika jalani pembedahan tumor otak
23 Disember 2018

Foto: Reuters.
JOHANNESBURG – Ahli muzik Jazz dari Afrika Selatan, Musa Manzini melakukan pertunjukkan yang luar biasa ketika dia memainkan gitarnya ketika doktor membedah otaknya
Ahli muzik itu, merangkap pensyarah universiti sedang memainkan gitarnya di tengah pembedahan tumor otak selama enam jam yang dia jalani. Manzini tampak berbaring di meja pembedahan dikelilingi oleh staf perubatan berpakaian lengkap .
“Pertunjukkan” yang dilakukan Manzini membuat doktor-doktor di rumah sakit di Kota Durban, Afrika Selatan, tempatnya menjalani pembedahan dapat mengetahui dan mengamati bahagian otak Manzini yang memainkan muzik. Hal ini membuat mereka dapat menghindari pembedahan daerah tersebut dan mengembalikan sebaahgian pergerakan jarinya yang terpengaruh oleh tumor.
"Saya merasa sangat canggung dan tidak selesa," kata Manzini kepada Reuters, Ahad(23/12/2018), seminggu setelah jalani pembedahan . "Berada di antara anestesi umum dan bangun dan mendengar suara obor di dalam otak anda ... sangat sukar untuk berkonsentrasi."
Doktor memilih untuk membuat Manzini tetap sedar untuk menilai kawasan otak mana yang berfungsi ketika pembedahan berlangsung dan membantu mengurangi risiko kerosakan neurologis.
“Pembedahan itu berjaya kerana risiko terbesarnya adalah kelumpuhan. Saya tidak lumpuh, dan saya masih dapat mengawal atas anggota tubuh saya dan dengan demikian dalam semangat yang baik dan pulih dengan baik, " ujar Manzini.
Dia mengatakan akan segera kembali ke pentas setelah pulih dari pembedahannya
Video: YouTube/Fnews English
Dipetik dari Okezone
Demikianlah Artikel Video ahli muzik mainkan gitarnya ketika jalani pembedahan tumor otak
Sekianlah artikel Video ahli muzik mainkan gitarnya ketika jalani pembedahan tumor otak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video ahli muzik mainkan gitarnya ketika jalani pembedahan tumor otak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/12/video-ahli-muzik-mainkan-gitarnya.html