Judul : Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup
link : Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup
Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Komitmen Kementerian Pendidikan meringankan beban guru terutama dari segi tugas-tugas perkeranian mendapat sambutan baik daripada warga pendidik memandangkan isu tersebut telah berlanjutan sejak sekian lama.
Namun, tugas perkeranian tidak relevan bukan satu-satunya beban terpaksa ditanggung golongan itu sebaliknya terdapat masalah seperti bilangan guru tidak mencukupi.
Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Husin berharap, Kementerian Pendidikan memfokus terhadap isu itu juga.
“Ini bukan isu kecil. Jika satu sekolah kurang lima guru, sudah kira-kira 125 waktu di sekolah itu tiada guru dalam seminggu. Jika tiada guru ganti, guru lain pula perlu gantikan mereka, sekali gus menambah beban guru lain.
“Kini tiada peruntukan sekolah mengambil guru ganti termasuk untuk guru yang mengambil cuti bersalin. Peruntukan terpaksa diambil dari dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hasan juga berpendapat masalah kekurangan guru sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan.
“Memahami impak kewangan yang besar jika kementerian mahu membuka perjawatan yang lebih ramai untuk guru, Azizee berpendapat kerajaan boleh memperluas pelantikan guru interim di seluruh negara.
“Tetapi guru interim ini perlu diambil daripada kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan diberi jaminan akan diserap sebagai guru tetap dalam tempoh beberapa tahun. Utusan Malaysia pernah melaporkan pada Julai lalu terdapat 6,500 graduan masih belum ditempatkan.
“Maknanya, yang nak jadi guru itu ada ramai malah berkelayakan, cuma untuk kurangkan beban kewangan lantik mereka sebagai guru interim terlebih dahulu sebelum diserap menjadi guru tetap,” katanya.
Untuk rekod, pengambilan guru interim hanya dilakukan di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi kuota 90 peratus anak tempatan.
Sumber: Utusan
Namun, tugas perkeranian tidak relevan bukan satu-satunya beban terpaksa ditanggung golongan itu sebaliknya terdapat masalah seperti bilangan guru tidak mencukupi.
“Ini bukan isu kecil. Jika satu sekolah kurang lima guru, sudah kira-kira 125 waktu di sekolah itu tiada guru dalam seminggu. Jika tiada guru ganti, guru lain pula perlu gantikan mereka, sekali gus menambah beban guru lain.
“Kini tiada peruntukan sekolah mengambil guru ganti termasuk untuk guru yang mengambil cuti bersalin. Peruntukan terpaksa diambil dari dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hasan juga berpendapat masalah kekurangan guru sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan.
“Memahami impak kewangan yang besar jika kementerian mahu membuka perjawatan yang lebih ramai untuk guru, Azizee berpendapat kerajaan boleh memperluas pelantikan guru interim di seluruh negara.
“Tetapi guru interim ini perlu diambil daripada kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan diberi jaminan akan diserap sebagai guru tetap dalam tempoh beberapa tahun. Utusan Malaysia pernah melaporkan pada Julai lalu terdapat 6,500 graduan masih belum ditempatkan.
“Maknanya, yang nak jadi guru itu ada ramai malah berkelayakan, cuma untuk kurangkan beban kewangan lantik mereka sebagai guru interim terlebih dahulu sebelum diserap menjadi guru tetap,” katanya.
Untuk rekod, pengambilan guru interim hanya dilakukan di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi kuota 90 peratus anak tempatan.
Sumber: Utusan
loading...
Demikianlah Artikel Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup
Sekianlah artikel Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/12/jangan-selesai-tugas-perkeranian-guru.html