Judul : Harga Minyak Merudum, Ke Kiri Ditipu Ke Kanan Ditipu Kementerian Kewangan
link : Harga Minyak Merudum, Ke Kiri Ditipu Ke Kanan Ditipu Kementerian Kewangan
Harga Minyak Merudum, Ke Kiri Ditipu Ke Kanan Ditipu Kementerian Kewangan
Mantan Menteri Kewangan, DS Najib Tun Razak menyediakan Bajet 2018 menggunakan harga minyak USD54 per barel. Ketika itu hanya 16% pendapatan negara yang bergantung kepada hasil petroleum.
Lim Guan Eng pula menyediakan Belanjawan 2019 menggunakan harga minyak USD75 per barel dan sekitar 30% pendapatan negara kembali bergantung kepada hasil petroleum. Perdana Menteri ke 7 suka menggunakan cara Perdana Menteri ke 4 iaitu 'memerah duit Petronas.'
Terkini, harga minyak dunia telah jatuh kepada USD52 per barel dalam beberapa hari terakhir dan diramalkan tidak akan naik dalam waktu yang terdekat.
Bayangkan gred yang akan diberikan oleh agensi penarafan hutang antarabangsa seperti Moody's & Fitch. Jika ianya lebih rendah, maka kadar bunga hutang yang perlu dibayar akan bertambah.
Akibatnya kesan berantai semakin parah kerana pendapatan kurang tetapi pengeluaran bertambah. Kerajaan PH pula berhasrat untuk menyemak Belanjawan 2019.
Dalam masa yang sama, Rakyat masih terpaksa membayar RM2.20 untuk seliter RON95 sedangkan harga semasa hanyalah sekitar RM1.90.
Ini bermakna dalam seminggu sekiranya anda menggunakan 50 liter petrol, maka anda telah 'menderma subsidi' kepada Kerajaan sebanyak RM15 atau RM60 sebulan.
Kesimpulannya, apabila harga minyak merudum ke kiri anda ditipu, ke kanan juga anda ditipu Kerajaan Pakatan Harapan.
Demikianlah Artikel Harga Minyak Merudum, Ke Kiri Ditipu Ke Kanan Ditipu Kementerian Kewangan
Sekianlah artikel Harga Minyak Merudum, Ke Kiri Ditipu Ke Kanan Ditipu Kementerian Kewangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga Minyak Merudum, Ke Kiri Ditipu Ke Kanan Ditipu Kementerian Kewangan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/12/harga-minyak-merudum-ke-kiri-ditipu-ke.html