[Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M.

[Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M.
link : [Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M.

Baca juga


[Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M.

Khamis, 1 November 2018

Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui merasa lelah dalam usianya yang semakin lanjut untuk menangani pelbagai isu yang diwarisi daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.
Dalam satu wawancara dengan AFP di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, pemimpin berusia 93 tahun itu berkata, beliau "sepatutnya sekarang sudah mati, sebenarnya."
Mahathir menyebut rundingan semula perjanjian dengan China, yang dimeterai pentadbiran terdahulu dan hutang negara sebagai cabaran terbesar yang dihadapi kerajaannya.
"Ia meletihkan, kali ini, saya perlu buat kerja lebih banyak daripada pertama kali saya jadi perdana menteri. Jentera kerajaan seluruhnya hampir musnah," katanya.
Mahathir pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, dan kemudian menjadi perdana menteri kali kedua selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei.
Skandal 1MDB, yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi salah satu sebab menyumbang kepada kejatuhan BN.
Penguasaan semula Mahathir menyaksikan ramai tokoh dalam kerajaan - dari Gabenor Bank Negara kepada Peguam negara - sama ada meletakkan jawatan atau digantikan.
"Saya terpaksa menyingkirkan orang-orang ini, yang pada masa lalu, di bawah kerajaan terdahulu terlibat dengan kerajaan secara politik.
"Banyak perkara yang dirosakkan oleh Najib dalam usahanya untuk menggunakan setiap institusi bagi memastikan dia memenangi pilihan raya," katanya.
Mahathir berkata pentadbirannya terpaksa membatalkan beberapa projek mega yang dibiayai China, seperti Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan projek saluran paip gas, kerana kerajaan tidak mampu menanggung kos tersebut.
Perdana Menteri menambah meskipun projek-projek berkenaan dibatallkan, namun hubungan Malaysia dengan China "masih bagus".
Mahathir juga mengulas mengenai hubungannya dengan bakal presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan bakal menggantinya.
Beliau menolak dakwaan hubungan tegang antara kedua-dua mereka, dengan mengatakan: "Saya telah bekerja dengannya sebelum ini. Saya tidak mempunyai masalah, saya boleh bekerjasama dengan semua orang."
Dalam pada itu Mahathir mengakui bahawa seiring usia yang semakin meningkat, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan melepaskan jawatan.
"Saya telah berjanji, saya akan tunaikan janji" katanya dipetik mengatakan bahawa beliau akan berpegang teguh kepada janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.
Sebelum pilihan raya, Pakatan Harapan berkata Mahathir akan berundur selepas dua tahun dan Anwar akan menggantikan tempatnya sebagai perdana menteri kelapan.
Bagaimanapun, Mahathir beberapa kali menyatakan beliau akan kekal memegang jawatan itu bagi tempoh yang lebih lama.
Ini membangkitkan perbincangan mengenai kemungkinan ia akan mengulangi insiden pada tahun 1998 apabila Mahathir memecat Anwar atas tuduhan salah laku seks, yang didakwa bekas timbalan perdana menteri sebagai suatu rekaan.
Terdahulu minggu ini, Anwar menolak dakwaan berlaku konspirasi dalam usaha untuk menggagalkannya daripada menjadi perdana menteri yang akan datang.
Mk.


Demikianlah Artikel [Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M.

Sekianlah artikel [Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/11/video-hari-ini-pasir-salak-kena-marah.html

Subscribe to receive free email updates: