SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA?

SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA?
link : SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA?

Baca juga


SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA?






Pemuda UMNO Malaysia menyeru Dr Maszlee Malik agar fokus kepada tugas hakikinya sebagai Menteri Pendidikan dengan merencanakan dasar serta melaksanakan agenda pembangunan pendidikan negara.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan, itu lebih adil kepada pihak kementerian secara keseluruhannya berbanding membazir menubuhkan Pasukan Khas serta menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa sedia ada yang telah pun diberi mandat.

“Jika benar ada ketirisan, penyelewengan dan apa jua bentuk penyimpangan kepimpinan terdahulu, lebih baik serahkan bukti-bukti tersebut kepada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lebih berautoriti untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan.

“Cadangan menubuhkan Pasukan Khas di kalangan kakitangan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dan membongkar kesalahan pentadbiran lalu akan hanya membazirkan masa, tenaga dan wang sedangkan sudah ada agensi lain yang diberi mandat menjalankan tugas tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata demikian ketika merujuk kenyataan Maszlee yang mahu membentuk Pasukan khas bagi menyiasat kesalahan pentadbiran terdahulu membabitkan kementeriannya antaranya seperti isu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program bantuan susu kepada pelajar sekolah.

Tambahnya lagi, seharusnya Maszlee mengambil serius teguran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu sistem pendidikan negara dikaji semula.

“Rakyat juga masih ternanti-nanti cadangan bernas menteri untuk mendatangkan sesuatu yang lebih bermakna kepada rakyat berbanding dengan idea kasut hitam dan stokin yang sehingga hari ini menjadi polemik seantero negara,” ujarnya.




Demikianlah Artikel SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA?

Sekianlah artikel SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELEPAS KASUT HITAM DAN STOKIN, NAK BOLOT KERJA SPRM PULA? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/11/selepas-kasut-hitam-dan-stokin-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :