Judul : RM79.4 JUTA TAMBAH BAIK TELEKOMUNIKASI DI PAHANG
link : RM79.4 JUTA TAMBAH BAIK TELEKOMUNIKASI DI PAHANG
RM79.4 JUTA TAMBAH BAIK TELEKOMUNIKASI DI PAHANG
Kerajaan negeri telah memperuntukan RM79.4 juta bagi penambahbaikan perkhidmatan dan jalur lebar di negeri ini.
Exco Sains Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peruntukan itu sekaligus dapat meningkatkan lagi mutu jalur lebar berkuasa tinggi di Pahang.
Menurutnya, daripada jumlah terbabit, sebanyak RM8.4 juta diperuntukkan untuk projek jalur lebar di kawasan luar bandar.
“Antara kawasan yang akan terlibat bagi projek jalur lebar ialah Bukit Mendi, Benta,Chini, Jengka 6, Kuala Krau dan Jengka 12.
“Bagi kawasan di Lepar Utara dan Kuala Tahan pula sebanyak RM11 juta manakala Karak dan Triang (RM2 juta) telah diperuntukkan bagi meningkatkan jalur lebar berkelajuan tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pergulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dun Pahang Ke-14, semalam.
Dalam pada itu, Mohammad Fakhruddin memaklumkan sebanyak RM40 juta pula diperuntukkan kepada Pulau Tioman, manakala RM10 juta (Kuantan) dan RM8 juta pula untuk projek jalur lebar di Bukit Fraser.
Jelasnya, sumbangan kewangan itu 90 peratus adalah dari Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta 10 peratus pula dari Telekom Malaysia.
Demikianlah Artikel RM79.4 JUTA TAMBAH BAIK TELEKOMUNIKASI DI PAHANG
Sekianlah artikel RM79.4 JUTA TAMBAH BAIK TELEKOMUNIKASI DI PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RM79.4 JUTA TAMBAH BAIK TELEKOMUNIKASI DI PAHANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/11/rm794-juta-tambah-baik-telekomunikasi.html