Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit

Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit
link : Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit

Baca juga


Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit


KUALA LUMPUR - Gara-gara silap sebut hektar sebagai ekar bagi hasil sawit negara, Menteri Industri Utama, Teresa Kok teruk dibuli di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika menjawab pertanyaan Perbahasan Kahian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) mencelah berkenaan kenyataan Teresa, kelmarin yang menyebut 1 ekar boleh menghasilkan 12 hingga 15 tan sawit.

"YB menteri bukan soal tolong atau tak tolong, ini soal fakta. Syarikat pengeluar besar mana pun mereka tidak juga boleh menghasilan 1 ekar 4 tan seperti dimaklumkan menteri. Jangan sampai nanti menteri dituduh 'mislead' di Dewan Rakyat.

"Mana ada ladang dalam dunia ini yang diurus dengan baik, benih baik sekalipun, tidak akan dapat mengeluarkan 1 ekar 4 tan, apatah lagi 8 tan, 12 tan.

"Jadi menteri, pergi belajar dengan pegawai MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) mengenai kelapa sawit, jangan sampai kita dituduh tidak ada pengetahuan langsung untuk kita beri fakta kepada masyarakat," katanya.

Susulan itu, Teresa segera membetulkan kenyataannya yang diakui berlaku kesilapan.

"Memang semalam atau hari sebelumnya saya sebenarnya silap cakap bukan 1 ekar tapi 1 hektar. Ok?," katanya.

Namun jawapannya itu tetap menerima bantahan malah menurut Bung, meskipun keluasan tanaman sawit 1 hektar, ia masih tidak dapat mencapai hasil sehingga 15 tan.

"1 hektar pun tak dapat menteri, walau macam mana pun.  Kalau tak percaya menteri cuba tanam 1 hektar, jaga baik-baik," katanya.

Sementara, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata berdasarkan pengalamannya menanam sawit angka itu tetap tidak dapat dicapai.

"Saya nampak YB menteri bersemangat nak membantu pekebun, tahniah. Tapi apa maklumat yang disampaikan semalam saya memang terkilan. 1 hektar sama dengan 2.47 ekar jadi katakan 12 hingga 15 tan, maksudnya purata kena sama dengan 5 tan atau 6 tan untuk 1 ekar. Ini memang tak dapat YB.

"Saya pernah tanam kelapa sawit paling baik lazimnya 0.6 tan hingga 1 tan untuk 1 ekar, bergantung kepada berapa baja ditaburkan. Kalau baka terbaik sekalipun, ia hanya tambah 30 peratus hasil.

"Saya tak tahu bagaimana pegawai boleh bagi satu angka sampai 12 tan hingga 15 tan sebab itu saya minta pegawai bagi angka yang betul kepada menteri. Kalau tidak nanti orang gelak, tarik balik, tiada siapa rasa ini masuk akal sebab ia memang tak mungkin berlaku," katanya.

Teresa kemudiannya membacakan fakta pengeluaran minyak sawit di negara ini bagi tahun lalu.

"Pada 2017, purata pengeluaran SSP adalah 17.89 tan per hektar manakala purata pengeluaran minyak sawit mentah adalah antara 3.53 tan sehingga 4 tan per hektar setahun.

"Kalau nak dengar ucapan saya yang lalu ada saya tak pernah kata satu bulan. (Datuk Seri) Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang tambah, masuk dalam Twitter, seluruh dunia kecoh," katanya.

Ka Siong sekali lagi mencelah memberitahu pekebun kecil menjual sawit pada setiap bulan bukan setiap tahun. 

Teresa kemudiannya berkata, "saya berucap semua mahu kacau saya. Saya tahu."

Dalam pada itu, Bung turut mencelah, "kalau 4 tan setahun, terlampau rendah YB."

Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kemudian meminta Teresa menarik balik fakta tersebut supaya rakyat tidak tertanya-tanya.

Namun Teresa menegaskan tiada keperluan menarik balik fakta tersebut.

"Tarik balik apa? Saya sudah ulangi. Bagi syarikat peladangan yang baik, saya dapat angka ialah ia boleh keluarkan 8-10 tan CPO 1 hektar setahun. Ini cukup," katanya sambil meneruskan ucapannya. - SH


Demikianlah Artikel Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit

Sekianlah artikel Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Patut Tun M bagi 40% : Menteri TAK Tahu Pengeluaran Sawit dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/11/patut-tun-m-bagi-40-menteri-tak-tahu.html

Subscribe to receive free email updates: