Judul : [Video Anwar jawab kritikan terhadap manifesto HARAPAN] LKS: Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot & Tak percayalah 2.3 juta Melayu mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa PRU14!
link : [Video Anwar jawab kritikan terhadap manifesto HARAPAN] LKS: Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot & Tak percayalah 2.3 juta Melayu mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa PRU14!
[Video Anwar jawab kritikan terhadap manifesto HARAPAN] LKS: Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot & Tak percayalah 2.3 juta Melayu mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa PRU14!
Isnin, 14 Oktober 2018Tumpang sekole.
Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot – Kit Siang
Akhirnya, kepimpinan PAS yang diketuai Datuk Seri Hadi Awang mengakui bahawa di bawah kendaliannya, prestasi PAS kian merosot.
Saya tidak pernah berkata bahawa PAS kini telah kecundang, pun begitu saya berani untuk membuat ramalan bahawa selagi kepimpinan Hadi berterusan mengambil pendirian yang berbeza daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh dua bekas Presiden PAS terdahulu iaitu arwah Fadzil Nor dan Yusof Rawa serta bekas Mursyidul Am arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak mustahil prestasi PAS akan terus merosot dalam lanskap politik Malaysia.
Menjawab kenyataan saya semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata saya tidak seharusnya memandang remeh terhadap PAS walaupun parti itu menunjukkan prestasi yang lemah pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu dan menyatakan bahawa walaupun prestasi PAS semakin merosot, ia tidak bermakna PAS telah kecundang.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata PAS menyertai pilihan raya tanpa bergantung kepada sokongan parti lain, tidak seperti Amanah, PPBM, apatah lagi DAP.
Adakah Setiausaha Agung PAS membayangkan bahawa suatu hari nanti, PAS secara bersendirian boleh memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan daripada mana-mana parti politik lain? Jika ya, pemimpin PAS mungkin hidup dalam dunianya sendiri, tidak berpijak di bumi yang nyata.
Institut Darul Ehsan (IDE) menerusi tinjauan pilihan raya yang dijalankannya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson membuat ramalan yang sangat tepat apabila mengatakan bahawa PAS “tidak dijangka mendapat lebih daripada satu peratus undi bukan Melayu”.
Adakah IDE salah? Bolehkah Takiyuddin atau mana-mana pemimpin PAS lain tunjukkan di mana salahnya ramalan IDE itu, dan bolehkah mereka tunjukkan bahawa PAS menang lebih daripada satu peratus undi bukan Melayu pada PRK Port Dickson?
Jika PAS tidak dapat memenangi satu peratus undi bukan Melayu di Malaysia, adakah ia mampu membentuk Kerajaan Persekutuan di Malaysia?
Ia bukan rahsia lagi, PAS mendapat sokongan tersirat daripada kepimpinan tertinggi Umno dalam PRK Port Dickson sebagai sebahagian daripada konspirasi politik Umno-PAS yang sedang giat dijalankan, namun satu-satunya faedah yang diperolehi PAS daripada pakatan tidak suci (unholy) dengan UMNO itu adalah deposit calon PAS terselamat!
Saya tidak fikir bahawa kedua-dua bekas presiden PAS, Fadzil Nor dan Yusuf Rawa, serta bekas PAS Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat akan menganggap ia sebagai sesuatu yang membanggakan bagi PAS apabila parti itu sanggup menjalinkan pakatan tidak suci dengan Umno semata-mata mahu menyelamatkan deposit calon PAS di PKR Port Dickson.
Saya percaya bahawa pelampau politik dan oportunis dalam Umno serta PAS yang terjerumus ke dalam politik toksik dan berniat jahat yang memainkan isu kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan akan tetap tewas dalam era maklumat di Malaysia dan keputusan PRK Port Dickson harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin Umno dan PAS.
Saya tidak percaya bahawa 2.3 juta pengundi Melayu yang mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-14 mahu Malaysia berterusan menjadi negara penyangak, demokrasi palsu dan kleptokrasi global di mana pemimpin gagal ujian agama paling asas dalam membezakan yang benar dan yang salah, kebenaran dan pembohongan serta keadilan dan ketidakadilan.
Pakatan Harapan mahu mengubah Malaysia daripada kleptokrasi global kepada sebuah negara yang berintegriti, matlamat yang saya yakin akan disokong oleh mereka yang telah disesatkan untuk mengundi Umno dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14. – Roketkini.com
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada Isnin 15 Oktober 2018
Demikianlah Artikel [Video Anwar jawab kritikan terhadap manifesto HARAPAN] LKS: Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot & Tak percayalah 2.3 juta Melayu mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa PRU14!
Sekianlah artikel [Video Anwar jawab kritikan terhadap manifesto HARAPAN] LKS: Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot & Tak percayalah 2.3 juta Melayu mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa PRU14! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Anwar jawab kritikan terhadap manifesto HARAPAN] LKS: Akhirnya PAS akui prestasinya kian merosot & Tak percayalah 2.3 juta Melayu mengundi Umno dan 2 juta pengundi yang mengundi PAS semasa PRU14! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/video-anwar-jawab-kritikan-terhadap.html