Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula?

Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula?
link : Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula?

Baca juga


Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula?

Imej via The Malaysian Reserve
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Walaupun isu berkenaan tarikh pe­nguatkuasaan pemakaian kasut hitam telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, timbul pula isu warna stokin yang akan dipakai oleh murid dan pelajar di sekolah kerajaan serta bantuan kerajaan dalam kalangan peruncit.

Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, hal itu kerana kementerian perlu memaklumkan kepada peniaga sama ada warna stokin putih oleh murid dan pelajar sekolah berkenaan akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam nanti.
“Kita menyambut baik tarikh penguatkuasaan pemakaian kasut hitam berkuat kuasa pada 2021 kerana dalam masa tiga tahun bermula tahun ini, stok kasut putih dapat dijual oleh para peniaga.

“Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan peniaga berkenaan warna stokin yang akan dipakai oleh murid dan pelajar sekolah berkenaan. Sekiranya pihak kementerian mahu melakukan penyelarasan, maka para peniaga boleh buat persediaan stok stokin hitam pada tahun hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan memutuskan pelaksa­naan pemakaian kasut hitam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2021.

Mengulas lanjut, Amer yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang dengan harga kasut hitam yang dikatakan le­bih mahal daripada kasut putih.

Katanya, terdapat banyak pilihan kasut hitam berkualiti dijual dengan harga yang hampir sama dengan kasut putih di pasaran tempatan.

“Sekiranya kasut putih milik anak-anak masih elok, le­bih baik gunakannya sehingga benar-benar lusuh. Jangan lakukan pembaziran dengan membeli kasut baharu kerana kementerian memberi masa sehingga hampir tiga tahun untuk menggunakan kasut yang ada sebaiknya,” katanya.

Sumber: Utusan

loading...


Demikianlah Artikel Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula?

Sekianlah artikel Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/selesai-isu-kasut-sekolah-hitam-stokin.html

Subscribe to receive free email updates: