Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom!

Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom!
link : Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom!

Baca juga


Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom!

Dalam Islam, konsep berkaitan pelakuan sesuatu maksiat itu jelas lagi terang iaitu: Ia hendaklah ditinggalkan dan ditolak serta digantikan dengan amalan kebaikan! Konsep ini disebut dalam firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
 
إن الحسنات يذهبن السيئات ذلك ذكرى للذاكرين
Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Surah Hudd: 113)
 
Juga konsep ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Rasulullah SAW:
 
عن أبي ذر ومعاذ بن جبل رضي الله عنهما ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخلق حسن رواه الترمذي
Daripada Abi Zarr dan Muaz bin Jabal Radiallhuanhuma: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada serta iringilah setiap kejahatan itu dengan perbuatan baik yang akan menutupnya, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik (riwayat Termizi)
 
Imam At Tobari menyebut didalam tafsirnya berkenaan ayat Al-Quran diatas: Sesungguhnya dengan kita taat kepada Allah serta melakukan amalan yang diredhaiNya akan menolak perbuatan dosa maksiat terhadapNya serta menghapuskan dosa-dosa yang lalu.
 
Maksiat hanya akan hilang apabila kita mula lakukan kebaikan! Atau dalam bahasa mudah boleh kita katakan adalah dengan berhenti melakukan perbuatan hina tersebut.
Menangani sesuatu maksiat bukanlah dengan kita melakukan maksiat yang lain.
 
Kerana ianya terus meletakkan kita berada dalam lembah dosa dan maksiat tanpa kita sedikit pun dapat keluar daripadanya. Ianya tak ubah seperti seseorang yang ingin berhenti melakukan zina lalu dia memuaskan nafsunya dengan menonton video-video lucah, atau seseorang yang ingin berhenti mengambil dadah lalu dia meminum arak. Orang berfikiran sebegini akan terus berada dalam dunia kemaksiatan kerana telah dipermainkan oleh syaitan itu sendiri.
 
Dia merasakan apa yang sedang dilakukannya adalah rawatan bagi dirinya, tetapi hakikatnya dia sedang pergi semakin dalam ke arah kegelapan maksiat. Syaitan terus menghiasi perbuatan maksiatnya itu seolah-olah ianya adalah amalan kebaikan hinggalah sampai suatu masa dia keliru antara kebaikan dan pahala serta kemaksiatan dan dosa.
Terdapat satu kaedah fiqh yang digariskan ulama-ulama fuqaha’ terdahulu jelas memberi panduan pada kita dalam hal ini:
 
الضرر لا يزال بالضرر
Sesuatu mudarat tidak boleh dihilangkan dengan mudarat yang lain
 
Tular baru-baru ini satu papan tanda di sebuah taman yang menyeru supaya melakukan seks selamat dengan menggunakan kondom. Walaupun kononnya dengan cara itu dapat mengelakkan kemudaratan buang bayi, tersebarnya penyakit HIV dan lain-lain, namun hakikatnya cara tersebut tidak akan pernah menyelesaikan kemudaratan yang paling besar iaitu rosaknya sistem sosial bermasyarakat.
 
Satu-satunya cara untuk menghadapi sesuatu kemudaratan adalah dengan menolak kemudaratan tersebut secara menyeluruh serta mempromosi budaya kebaikan. Sepatutnya apa yang kerajaan lakukan dalam kempen “seks selamat” adalah ketengahkan budaya perkahwinan dan bukan mempromosi penggunaan kondom. Hanya kebaikan sahaja yang dapat menolak kemudaratan.
 
Lihatlah sendiri pada Barat yang kononnya ingin menyelesaikan sendiri masalah ini dengan mempromosi penggunaan kondom. Apa yang berlaku sistem bermasyarakat diorang terus rosak bahkan semakin teruk kerana promosi seperti ini seolah-olah menyeru untuk melakukan seks bebas. Kerana hakikatnya maksiat zina ini bukanlah datang bersendirian, tetapi ianya akan menarik sekali maksiat-maksiat lain yang akhirnya meruntuhkan sistem berkeluarga dan masyarakat keseluruhannya. Ibn Qayyim menyebutkan:
 
” Kemaksiatan akan melahirkan kemaksiatan yang sejenisnya. Sebahagiannya akan melahirkan sebahagian yang lain sehingga sangat sukar bagi seorang hamba untuk meninggalkannya. Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka, dosa yang lainnya akan berkata, “Lakukanlah aku juga.” Apabila dia melakukannya, dosa yang ketiga akan berkata, “Lakukanlah aku juga.” Begitulah seterusnya sehingga kerugian akan bertambah dan dosa-dosa semakin bertambah.”
 
( Al-Jawabul Kafi, 61, Buku Syarah Lengkap Arbain Ruhiyah)
 
Secara asalnya, kemudaratan itu hendaklah ditolak, dicegah serta dibuang ! Pada perlakuan seks bebas itu ada doror juga pada kononnya seks selamat dengan kondom itu juga ada doror, pada dadah itu ada doror juga pada arak itu ada doror. Bukanlah cara menghadapi kemudaratan itu dengan gantikan dengan kemudaratan yang lain. Ini bertentangan dengan antara ruh maqasid syariat itu sendiri iaitu memberi maslahat dan menolak kemudaratan.
 
الضرر يزال
Kemudaratan hendaklah dihilangkan
 
Konsep dalam Islam itu mudah dan jelas untuk kita ikuti, iaitu kebaikan hendaklah kita lakukan dan maksiat hendaklah kita tinggalkan. Tiada ubat bagi pelaku zina melainkan dia membuang tabiat buruk tersebut serta segera kembali kepada Yang Maha Pengampun.
 
Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)


Demikianlah Artikel Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom!

Sekianlah artikel Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Promosi “seks selamat” dengan perkahwinan, bukan kondom! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/promosi-seks-selamat-dengan-perkahwinan.html

Subscribe to receive free email updates: