Judul : Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar
link : Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar
Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar
Imej via The Star |
Nafirah Siman, 18, daripada SMK Taun Gasi menyaman Jainal Jamran atas kejadian didakwa berlaku pada 2015 ketika dia berada di tingkatan 4.
Saman itu difailkan oleh tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober.
Semakan dengan daftar mahkamah menunjukkan kes itu ditetapkan untuk sebutan kes pada 19 November depan.
Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015 kecuali pada satu minggu ketika pegawai kementerian melawat sekolah.
Katanya, walaupun beberapa aduan dibuat, tindakan tidak diambil.
Nafirah juga mendakwa guru besar terlibat menutup kes dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir hanya dua bulan.
Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa defendan-defendan telah melanggar tugas statutori bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan.
Remaja perempuan itu juga menuntut pengisytiharan terdapat pelanggaran tugas dan misfeasans di pejabat kerajaan.
Remaja perempuan itu menuntut ganti rugi dan kos.
Sumber: Malaysiakini
loading...
Demikianlah Artikel Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar
Sekianlah artikel Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/murid-saman-guru-bahasa-inggeris-kerana.html