Judul : Enggan Bayar pinjaman Pendidikan, sanggup tinggal dalam Hutan
link : Enggan Bayar pinjaman Pendidikan, sanggup tinggal dalam Hutan
Enggan Bayar pinjaman Pendidikan, sanggup tinggal dalam Hutan
SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat (AS) berusia 29 tahun memutuskan untuk meninggalkan negaranya dan berhijrah ke sebuah kampung terpencil di hutan di India, supaya tidak perlu lagi bimbang untuk membayar balik pinjaman pendidikan.
Seperti kebanyakan rakyat Amerika yang lain, Chad Haag bergantung kepada pinjaman pendidikan untuk membiayai pengajiannya di kolej.
Bagaimanapun, dia berdepan dengan kesukaran untuk mencari kerja yang setaraf dengan kelayakan pendidikannya selepas tamat belajar.
Dia kemudian kembali untuk melanjutkan pelajar dalam peringkat ijazah sarjana, tetapi masih tidak membantu menyelesaikan masalahnya.
Pekerjaan pertamanya adalah mengeluarkan barang daripada trak dan membina roket mainan di sebuah kilang, dan kemudian bertugas sebagai pengajar tetapi hanya sebuah kelas ditugaskan untuk setiap semester.
Keadaan itu membuatkan dirinya sukar untuk menjalani kehidupan, membuatkan dia perlu membayar balik pinjaman pendidikan berjumlah $20,000 (RM83,665).
Pada satu tahap, dia sukar untuk melunaskan bayaran balik bulanan sebanyak $300 (RM1,255).
Akibat terlalu tertekan, dia kemudian bertindak mengemaskan barang-barangnya dan meninggalkan kehidupannya di AS untuk berpindah ke sebuah kampung kecil di India.
Seorang pakar falsafah memberitahu CNBC bahawa sebelum berhijrah ke sebuah negara lain di seberang dunia, dia dianggap tinggal di sebuah gua untuk mengelakkan diri daripada membayar pinjaman pendidikan.
Dia tinggal di sebuah rumah konkrit di kampung Uchakkada dengan bayaran hanya $50 (RM209) sebulan, dan baru-baru ini dia berkahwin dengan warga India, seorang profesor di sebuah kolej tempatan.
"Saya mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi di negara dunia ketiga berbanding apa yang saya rasai di Amerika, disebabkan pinjaman pendidikan saya," kata Haag.
Pakar mengatakan bahawa berpindah ke negara asing untuk mengelakkan dariapda membayar balik pinjaman pendidikan adalah berisiko, apabila peminjam yang mahu kembali ke AS akan mendapati hutang mereka lebih besar daripada sebelumnya, yang disebabkan faedah, caj kutipan dan bayaran lewat. - odditycentral
Demikianlah Artikel Enggan Bayar pinjaman Pendidikan, sanggup tinggal dalam Hutan
Sekianlah artikel Enggan Bayar pinjaman Pendidikan, sanggup tinggal dalam Hutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enggan Bayar pinjaman Pendidikan, sanggup tinggal dalam Hutan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/enggan-bayar-pinjaman-pendidikan.html