Judul : Dari mansuh HUKUMAN MATI baik mansuh TOL, sindir Ka Siong
link : Dari mansuh HUKUMAN MATI baik mansuh TOL, sindir Ka Siong
Dari mansuh HUKUMAN MATI baik mansuh TOL, sindir Ka Siong
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyindir kerajaan baharu untuk memansuhkan terlebih dahulu tol berbanding dengan hasrat memansuhkan hukuman mati mandatori.
Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, keputusan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori itu oleh kerajaan baru dilihat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan serta reaksi orang awam terutamanya keluarga mangsa pembunuhan.
Menurutnya, sewajarnya kerajaan baru meninjau reaksi masyarakat terlebih dahulu serta mengambil kira sentimen keluarga mangsa sebelum membuat keputusan memansuhkan hukuman mati mandatori itu.
"Kalau kata nak mansuhkan hukuman mati mandatori seperti mana yang ada dalam manifesto... manifesto bukan kitab suci. Kalau kata nak patuhi juga, mansuhkan tol dulu sebelum mansuhkan hukuman mati mandatori.
"15 tahun lalu, kalau kita nak pinda penal code, kita buat tinjauan serta reaksi masyarakat terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Ka Siong berkata, mungkin ada cara terbaik berbanding memansuhkan hukuman mati mandatori dengan menyemak akta tertentu terutamanya Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Menurutnya, kerajaan juga perlu melihat sentimen keluarga mangsa pembunuhan yang telah kehilangan orang tersayang.
Semalam, Menteri di Jabata Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kajian memansuhkan hukuman mati mandatori tersebut dalam peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.
Menurutnya, kajian tersebut dilaksanakan Peguam Negara berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia. - SH
Demikianlah Artikel Dari mansuh HUKUMAN MATI baik mansuh TOL, sindir Ka Siong
Sekianlah artikel Dari mansuh HUKUMAN MATI baik mansuh TOL, sindir Ka Siong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dari mansuh HUKUMAN MATI baik mansuh TOL, sindir Ka Siong dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/dari-mansuh-hukuman-mati-baik-mansuh.html