Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang

Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang
link : Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang

Baca juga


Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang


RAHSIA isteri yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain akhirnya terbongkar selepas suaminya menemui gambar menunjukkan wanita itu bermesra bersama kekasihnya di aplikasi Google Maps.

Lelaki itu yang tinggal di bandar ini pada mulanya melihat jalan untuk pergi ke satu lokasi sebelum melihat satu gambar menunjukkan seorang lelaki berbaring di riba seorang wanita di bangku tepi jalan.

Walaupun wajah pasangan itu dikaburkan tetapi lelaki itu curiga apabila melihat baju yang dipakai wanita berkenaan sama seperti pakaian yang dimiliki isterinya.

Gambar itu dirakam oleh kereta kamera Google di bandar ini pada 2013 tetapi lelaki berkenaan yakin wanita itu adalah isterinya.

Kerana marah lelaki itu segera bertemu isterinya dan membawa gambar berkenaan sebagai bukti.

Selepas didesak akhirnya isterinya mengaku wanita dalam gambar itu adalah dirinya dan lelaki berkenaan adalah kekasihnya.

Mirror Online melaporkan, pasangan itu yang nama mereka tidak dedahkan akhirnya bercerai tidak lama selepas kejadian berkenaan.

Kisah mengenai pasangan itu mula tular di Internet selepas lelaki berkenaan memuat naik gambar bekas isteri bersama teman lelakinya itu di Facebook baru-baru ini.

Aplikasi seperti Google Maps dan Google Street View sebelum ini pernah merakamkan pelbagai imej menarik serta melucukan.

Antara gambar yang dirakamkan aplikasi berkenaan sehingga menjadi tular termasuklah lelaki yang memakai baju seperti burung merpati, banduan yang melarikan diri, pasangan membuat hubungan seks di dalam kereta serta wanita yang melahirkan anak. - Harian Metro


Demikianlah Artikel Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang

Sekianlah artikel Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aplikasi Google Maps Kantoikan Isteri Curang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/aplikasi-google-maps-kantoikan-isteri_11.html

Subscribe to receive free email updates: