APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN?

APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN?
link : APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN?

Baca juga


APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN?






Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan sinis menimbulkan persoalan kepada Pakatan Harapan (PH) apakah lagi penipuan-penipuan yang hendak mereka terus tegakkan sekarang ini.

Adalah sesuatu yang melucukan ujar Najib, merekalah yang dahulunya menjelajah seluruh negara dengan dendangan Malaysia di ambang bankrap, tetapi dalam masa yang sama mereka juga yang berjanji dengan pelbagai janji manis antaranya seperti menghapuskan tol dan hutang peneroka serta pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka. Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.

“Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.

“Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen. Ataupun boleh buka ‘browser’ dan ‘Google’ cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan,” ujar Najib yang kini semakin aktif di dalam arena media sosial, melontarkan penulisan tersebut di facebooknya, malam tadi.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hakikatnya mereka mengetahui akan perkara tersebut kerana di kalangan pemimpin PH juga terdapat bekas pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN).

Najib turut melahirkan perasaan kecewa dengan tindakan kerajaan PH yang mahu rakyat berkorban dan tidak lagi menuntut manifesto mereka.

“Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka. Demi siapa?

“Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa. Apakah kita terima begitu sahaja?,” soal Najib.




Demikianlah Artikel APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN?

Sekianlah artikel APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/10/apa-lagi-penipuan-yang-ph-mahu-tegakkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :