Judul : PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK
link : PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK
PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK
Teka teki yang berlegar sehari dua ini terjawab sudah. Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim (DSAI) bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson apabila penyandang dari PKR, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatannya pagi tadi bagi memberi laluan kepada DSAI. Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu DSAI dalam usahanya kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan.
Dari segi tradisi, Port Dickson adalah kerusi tradisi MIC. Untuk PRK kali ini, daripada bagi MIC bertanding di Port Dickson, lebih baik tidak payah bertanding terus. Bagi kemenangan percuma sahaja kepada PKR/PH. Pada PRU14 lalu, PKR menang dengan majoriti 17,710 undi di situ dalam pertandingan 3 penjuru.
Keputusan PRU14 : PKR 36225, BN 18515, PAS 6594
Pengundi: 70,524
Pecahan Kaum: M:42.35%, C:33.81, I:21.41%, L:2.43%
Sekiranya Barisan Nasional ingin bertanding di PRK Port Dickson, calon yang paling layak adalah Mantan Menteri Besar sendiri dan Timbalan Presiden UMNO iaitu DS Mohammad bin Hassan atau Tok Mat. Orangnya mudah didekati, berjiwa Rakyat, 'down to earth', tiada skandal, mesra merentasi kaum dan paling penting beliau ahli politik UMNO yang disegani dan dihormati oleh Rakyat berbilang etnik.
Khabarnya ada kemungkinan besar TS Mohd Isa Samad akan bertanding sebagai calon bebas di Port Dickson menentang DSAI. Jika ini benar-benar berlaku mungkin Barisan Nasional dan PAS boleh bagi laluan dengan menyokong calon bebas.
Kesimpulannya, siapapun calon yang diketengahkan, lawan tetap lawan. Kita tidak mahu mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai tempat hak eksklusif milik peribadi keluarga mereka.
Kesimpulannya, siapapun calon yang diketengahkan, lawan tetap lawan. Kita tidak mahu mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai tempat hak eksklusif milik peribadi keluarga mereka.
Demikianlah Artikel PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK
Sekianlah artikel PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/09/prk-port-dickson-anwaribrahim-menang.html

