Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa

Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa
link : Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa

Baca juga


Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa

KUALA LUMPUR – Malaysia telah mencatatkan penggunaan WhatsApp tertinggi di dunia. Jadi tidak hairanlah jika hampir kesemua urusan seharian dilakukan dengan bantuan aplikasi ini. Hal ini menjadi antara penyebab tekanan kepada pekerja yang menerima pesanan WhatsApp daripada majikan mereka selepas waktu bekerja.
Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika waktu kerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa. Itu terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, pekerja mula tertekan apabila urusan kerja masih sahaja berlaku menerusi aplikasi itu walaupun selepas tamatnya waktu pejabat. Selain itu, aplikasi itu juga dikatakan tidak sesuai digunakan bagi urusan rasmi pejabat.

“Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya.

“Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan,” tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggubal undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Seorang kakitangan di sebuah institut perniagaan di ibu negara berkata, sudah menjadi lumrah majikannya mengeluarkan arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial.

Perkara tersebut dikatakan bukan sahaja mengganggu emosinya malah menjejaskan masa berkualitinya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, ia juga menimbulkan salah faham dalam kalangan anggota keluarganya, kerana masa berkualiti dengan mereka sering diganggu.

Dia bersetuju sekiranya pihak sumber manusia memberikan garis panduan lebih jelas mengenai batas waktu urusan bekerja sejajar dengan perkembangan dengan teknologi komunikasi ataupun mempunyai insiatif khas serta elaun sekiranya ada perbincangan kerja di luar waktu bertugas.

Tambahan lagi, dia lebih suka jika ada budi bicara diantara majikan dan pekerja dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Sumber : Berita TV9


loading...


Demikianlah Artikel Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa

Sekianlah artikel Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majikan Tidak Berhak Whatsapp Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih Masa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/09/majikan-tidak-berhak-whatsapp-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: