Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru

Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru
link : Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru

Baca juga


Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru

Sinar Harian
Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru
Normazwin (tengah) bersama sebahagian masyarakat orang asli Karnival Transformasi Pendidikan Orang Asli, di Padang Awam Kampung Tekir Labu, dekat sini semalam.
(Ubah saiz teks) 
 
SEREMBAN – Jumlah guru yang mendapatkan khidmat kaunseling berkaitan pengurusan tekanan mencatatkan peningkatan di negara ini.
Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia, Normazwin Yahya berkata, pihaknya mempunyai hanya 326 kaunselor di seluruh negara, berbanding 480,000 jumlah guru.

Menurutnya, secara purata seorang kaunselor menjaga lebih kurang 1,400 guru seluruh Malaysia, berikutan kekangan jumlah kaunselor seluruh negara.

“Berdasarkan kajian stress dan kemurungan yang dijalankan pada tahun lalu, menunjukkan berlaku peningkatan sederhana tinggi dalam kalangan guru, bagaimanapun ia adalah terkawal.
“Terdapat pelbagai faktor menyebabkan stress dan kemurungan berlaku bukan sahaja kerana bebanan tugas tetapi masalah pergolakkan rumah tangga, berjauhan bersama pasangan, ragam pelajar, juga boleh antara penyumbang kepada masalah stress dalam kalangan guru.

“Jadi saya menasihatkan kepada guru-guru, jika mereka mempunyai tekanan dan kemurungan sila dapatkan khidmat kaunselor di mana-mana Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, dan berjumpa dengan organisasi kaunselor kita, itu sedikit sebanyak boleh membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan Karnival Transformasi Pendidikan Orang Asli, di Padang Awam Kampung Tekir Labu dekat sini, semalam.
Katanya, dalam masa yang sama pihaknya juga berhasrat akan menambah bilangan kaunselor di KPM pada masa akan datang, bagi membantu menangani masalah tersebut dengan lebih berkesan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah JPN negeri, Maznah Abu Bakar dan Tok Batin Kampung Tekir, Ramli Taka.

Sementara itu, Normazwin memberitahu, melalui Karnival Transformasi Pendidikan Orang Asli ini, pihaknya berhasrat untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada ibu bapa masyarakat orang asli supaya mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Katanya, pihaknya mahu membantu meningkatkan peratus kehadiran anak orang asli ke sekolah sekurang-kurangnya 90 peratus berbanding 70 peratus sebelum ini.
“saya berharap melalui karnival dan road tour yang kita laksanakan ini, dapat membantu dan memberi kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak, sekali gus menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari tanpa gagal.

“Kalau boleh kita mahu ponteng sifar bagi masyarakat pelajar orang asli ini dapat dicapai pada masa akan datang,” katanya



Demikianlah Artikel Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru

Sekianlah artikel Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/urus-tekanan-seorang-kaunselor-jaga.html

Subscribe to receive free email updates: