Judul : Selepas ‘kapal 1MDB’, Putrajaya mahu ‘jet 1MDB’ pula?
link : Selepas ‘kapal 1MDB’, Putrajaya mahu ‘jet 1MDB’ pula?
Selepas ‘kapal 1MDB’, Putrajaya mahu ‘jet 1MDB’ pula?
Jet Bombardier Global 5000 bernilai AS$35 juta itu kini dilaporkan ditahan di lapangan udara Seletar oleh pihak berkuasa Singapura sejak 2017.
VIDEO INSIDE
Dr Mahathir berkata, usaha dan perbincangan sedang dibuat dan jet peribadi itu dijangka tiba dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan Malaysia sedang bergiat aktif dalam usaha membawa pulang jet peribadi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB ke negara ini
Jet Bombardier Global 5000 bernilai AS$35 juta itu kini dilaporkan ditahan di lapangan udara Seletar oleh pihak berkuasa Singapura sejak 2017.
Beliau berkata, usaha dan perbincangan sedang dibuat dan dijangka akan tiba dalam masa terdekat.
“Ya, kita sedang berusaha untuk bawa pulang jet peribadi itu. Saya tidak pasti sejauh mana pergerakan dan perbincangan telah dibuat kerana individu lain yang terlibat dengannya,” katanya ketika ditemui di Pameran Lukisan ‘Tun M Forever a Legacy’ di Universiti Perdana, Serdang hari ini.
Turut sama hadir, isteri beliau, Tun Siti Hasmah Mohammad Ali.
Sementara itu, Dr Mahathir juga menyelar ahli perniagaan Jho Low yang mendakwa kerajaan Malaysia berjaya membawa pulang kapal mewah Equanimity ke perairan negara ini selepas mendahului pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berikutan rundingan dengannya.
Beliau dengan sinis berkata, Jho Low boleh membawa dakwaannya kepada pihak berkuasa negara itu jika benar kerajaan Malaysia berbuat demikian.
“Saya rasa bangga jika benar saya boleh membuat rundingan dengan AS. Itu bermakna kuasa saya lebih besar daripada Presiden Trump.
“Dia (Jho Low) boleh tanya pihak Jabatan Kehakiman AS (DOJ) atau mana-mana pihak berkuasa di negara itu jika betul saya membuat rundingan.
“Silalah tanya, sama ada saya yang menyiapkan skrip, menyusun ayat dan sumbatkannya ke dalam mulut mereka untuk bercakap, Jho Low dialu-alukan untuk bertanya,” katanya.
Kapal bernilai AS$250 juta itu kini ditahan di pusat kapal persiaran di Pelabuhan Klang sejak tiba di perairan negara Selasa lepas.
Equanimity menjadi tumpuan penyiasatan AS ke atas syarikat pelaburan negara, 1MDB dan dikaitkan dengan Low yang didakwa membeli kapal itu menggunakan wang yang diambil daripada dana syarikat tersebut.
Demikianlah Artikel Selepas ‘kapal 1MDB’, Putrajaya mahu ‘jet 1MDB’ pula?
Sekianlah artikel Selepas ‘kapal 1MDB’, Putrajaya mahu ‘jet 1MDB’ pula? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selepas ‘kapal 1MDB’, Putrajaya mahu ‘jet 1MDB’ pula? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/selepas-kapal-1mdb-putrajaya-mahu-jet.html