Judul : 'Saya kurang senang pelantikan Rahim Noor'
link : 'Saya kurang senang pelantikan Rahim Noor'
'Saya kurang senang pelantikan Rahim Noor'
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datik Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan rasa kurang senang dengan pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitator baharu dalam rundingan damai wilayah selatan Thailand.
Namun begitu, katanya, kuasa melantik individu tersebut adalah hak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, Dr Mahathir memilih Rahim kerana pengalamannya terutama dalam memainkan peranan penting dalam menjayakan Perjanjian Damai Hat Yai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya.
"Apabila beliau (Dr Mahathir) bertanya saya, saya memberitahu beliau (saya kurang senang), tetapi saya kata itu hak beliau membuat keputusan.
"Sesiapa yang dipilih, mereka perlu memastikan keberhasilannya (rundingan damai Selatan Thailand)," katanya dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio, hari ini.
Rahim sebelum ini mengesahkan pelantikannya sebagai fasilitator baharu dalam rundingan damai wilayah selatan Thailand.
Rahim, 75, menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang sebelum ini dilantik kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional untuk menjadi fasilitator rundingan damai tersebut antara MARA Patani dan kerajaan Thailand.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Noh dilantik fasilitator rundingan damai selatan Thai]
Susulan pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membantah pelantikan Abdul Rahim sebagai fasilitator baharu rundingan damai selatan Thailand.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki tidak bersalah (bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)
[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah bantah pelantikan Rahim Noor]
Menjawab kepada perkara tersebut, Rahim menyatakan peristiwa 'mata lebam' Anwar pada 1998 tidak relevan dalam pelantikannya sebagai fasilitator rundingan damai wilayah selatan Thailand.
Beliau menyifatkan ia sebagai peristiwa lama, beliau percaya kerajaan memilihnya atas peranannya ketika rundingan damai dengan Parti Komunis Malaya pada 1989.
[ARTIKEL BERKAITAN: Peristiwa 'mata lebam' tidak relevan]
Demikianlah Artikel 'Saya kurang senang pelantikan Rahim Noor'
Sekianlah artikel 'Saya kurang senang pelantikan Rahim Noor' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Saya kurang senang pelantikan Rahim Noor' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/saya-kurang-senang-pelantikan-rahim-noor.html