Judul : Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar
link : Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar
Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar
NFC masih berhutang pinjaman mudah sebanyak RM248 juta dengan kerajaan
DEWAN RAKYAT
NFC ditubuhkan bagi membangunkan ladang lembu feedlot komersil dan mewujudkan sebuah sistem pengeluaran daging lembu melalui kegiatan ladang kontrak.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengambil tindakan undang-undang ke atas National Feedlot Corporation (NFC) yang masih berhutang pinjaman mudah dengan Putrajaya sebanyak RM248 juta.
Dalam jawapan bertulis di Dewan rakyat hari ini, menteri kewangan berkata tindakan undang-undang ditangguhkan pada 2015 dan sekali lagi pada tahun berikutnya atas arahan menteri kewangan kedua pada masa itu.
“Pada 2012, polis diarah menyita aset dan wang tunai milik NFC,” katanya.
Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) bertanya kementerian menyatakan langkah yang diambil bagi mendapatkan semula wang yang terlibat dalam skandal NFC dan sama ada tindakan undang-undang telah diambil.
“Setakat ini mereka telah membayar balik sebanyak RM35.5 juta. Pada tarikh 30 Jun, NFC masih berhutang sebanyak RM248.9 juta,” kata kementerian.
NFC ditubuhkan bagi membangunkan ladang lembu feedlot komersil dan mewujudkan sebuah sistem pengeluaran daging lembu melalui kegiatan ladang kontrak.
Ia diketuai oleh pengerusi eksekutifnya, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, suami ketua Wanita Umno ketika itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Salleh dituduh melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang sebanyak RM49.7 juta, tetapi dibebaskan oleh mahkamah pada November 2015.
Syarikat terbabit menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta daripada kerajaan. Ia sepatutnya membantu mengukuhkan keselamatan bekalan makanan negara dan mengurangkan pergantungan kepada import daging lembu.
FMT
Demikianlah Artikel Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar
Sekianlah artikel Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/putrajaya-ambil-tindakan-undang-undang.html