Judul : Program PT Rintis untuk beban guru akan diteruskan - Menteri Pendidikan
link : Program PT Rintis untuk beban guru akan diteruskan - Menteri Pendidikan
Program PT Rintis untuk beban guru akan diteruskan - Menteri Pendidikan
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Program PT Rintis yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertujuan menangani isu beban tugas guru, akan diteruskan kerana diakui pelaksanaan program itu menunjukkan hasil positif.
PT Rintis diperkenalkan pada 2012 oleh Menteri Pendidikan ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Program Pelaksanaan Rintis Strategi Lautan Biru (NBOS) - Pemantapan Profesion Guru, yang bermula di Melaka dan Kedah.
Kata beliau, kementeriannya juga sedang mendapatkan peruntukan untuk menyambung semula pembantu guru itu bagi tahun hadapan dan satu memorandum akan dibawa di Kabinet.
“Sepertimana yang saya sebut sebelum ini, apa-apa yang baik daripada kerajaan terdahulu kita akan teruskan dan ditambah baik.
“Apa yg berlaku adalah setelah kontrak mereka tamat pada 30 Jun 2018, saya sendiri telah melihat keperluan dan hasil yang positif daripada pelaksanaan PT Rintis ini kerana telah membantu guru di Melaka dan Kedah dalam usaha meringankan tugas mereka,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta Kementerian Pendidikan menjelaskan sama ada akan meneruskan PT Rintis.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abdul Razak yang merayu kerajaan mempertimbangkan semula jawatan pembantu guru Gred N19 bagi negeri Melaka dan Kedah.
Kata beliau, 412 pembantu guru yang dikenali sebagai PT Rintis terjejas ekoran tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka dan sehubungan itu NUTP merayu kontrak mereka dilanjutkan dan diserap ke jawatan tetap.
Sumber – UTUSAN ONLINE.
loading...
Demikianlah Artikel Program PT Rintis untuk beban guru akan diteruskan - Menteri Pendidikan
Sekianlah artikel Program PT Rintis untuk beban guru akan diteruskan - Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Program PT Rintis untuk beban guru akan diteruskan - Menteri Pendidikan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/program-pt-rintis-untuk-beban-guru-akan.html