(PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN

(PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN
link : (PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN

Baca juga


(PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN

KENYATAAN MEDIA

1. Penafian pihak berkuasa Singapura terhadap kenyataan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali mengenai pertemuannya dengan wakil republik itu atas urusan HSR, mengejutkan pembangkang.

2. Kenyataan rasmi Singapura itu memalukan Kerajaan Malaysia kerana disifatkan sebagai 'pembohong besar' dan mereka--reka cerita bagi menyedapkan hati rakyat.

3. Jika benar, kami tidak faham maksud sebenar perkara itu dibohongi, sama ada untuk membuktikan kepada rakyat bahawa HSR masih ada dalam jadual pembangunan atau sekadar menunjukkan betapa Kerajaan PH benar-benar membuat kerjanya.

4. Mengapa rakyat tidak dimaklumkan mengenai kedudukan sebenar rundingan dengan republik itu? Perlukah mereka dibohongi bagi menutup kelemahan kita?

5. Selepas kerajaan mencipta penipuan paling besar mengenai kedudukan hutang negara, kini kita disuakan pula dengan pelbagai tipu muslihat oleh kerajaan.

6. Belum pun tiga bulan memerintah, kerajaan sudah banyak melakukan 'silap mata' terhadap dasar dan janji manifestonya untuk PRU ke-14.

7. Ini termasuklah 'u-turn' terhadap janji untuk menghapuskan Akta MKN dan menutup Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini dianggap digunakan oleh Barisan Nasional bagi kepentingan politik.

8. Malah, hasrat untuk mengkaji dan menyusun semula BTN dan Akta MKN (NSC Act) mendapat tentangan dalam kalangan Ahli Parlimen PH sendiri, terutama DAP.

9. Keputusan terhadap UEC juga menghampakan ramai walaupun Umno, dalam kapasitinya membantah sistem ala-Taiwan itu. Ingin dipersoalkan kenapa kerajaan mahukan tempoh lima tahun untuk memutuskannya.

10. Adakah ia akan dilepaskan kepada kerajaan baru selepas PRU15 sebagai 'outlet' kepada PH atau ia sengaja dilengah-lengahkan selepas meningkatnya tekanan agar ia tidak diterima, lantas 'menyejukkan' sedikit penyokong UEC?

11. Dalam pada menuduh BN ingin menjual negara kepada China, PH pula ingin menyambung semula pujukannya agar China, malahan Jepun, meningkatkan pelaburannya di Malaysia.

12. Begitu juga dengan BR1M yang diubah kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Sambil mendakwa kononnya kewangan negara dalam keadaan tenat sehingga ia terpaksa mengemis bantuan daripada sumbangan rakyat, sebanyak RM1.6 bilion sanggup dikeluarkan menjelang Aidiladha kepada penerima.

13. Begitu juga dengan Klinik 1Malaysia yang kini ditutup operasinya sehingga ia dijenamakan semula. Ini menjejaskan jutaan rakyat berpendapatan rendah untuk menikmati faedah perubatan murah yang disediakan kerajaan terdahulu.

14. Hentikanlah 'kerajaan berkecamuk' ini dan tumpukan perhatian kepada usaha menyediakan pakej rangsangan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat.

15. Usahlah banyak memutar-belit dan mengada-adakan 'fakta tidak benar' untuk menutupi kelemahan dan kesalahan. Ini negara kita bersama dan masa depannya adalah tanggungjawab kita bersama.

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Kuala Lumpur
7 Ogos 2018


Demikianlah Artikel (PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN

Sekianlah artikel (PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (PH TERUS BOHONG) Penafian Singapura isu HSR MEMALUKAN, MENGEJUTKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/ph-terus-bohong-penafian-singapura-isu.html

Subscribe to receive free email updates: