Judul : Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa…
link : Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa…
Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa…
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Foto transformasi seorang wanita yang dimuat naik ke laman Twitter ternyata menarik perhatian ramai.
Manakan tidak, dia yang dahulunya berperwatakan seperti lelaki kini tampil dengan gaya baharu yang lebih feminin.
"Ok. Menyesal gak dulu pilih untuk jadi pengkid. Kahkahkah buang masa h**at," tulisnya pada kapsyen foto tersebut yang mula tular sejak Selasa.
Bercerita lanjut kepada mStar Online, Atyn Junaidi, 26, mengakui mula berperwatakan seperti itu sejak di bangku sekolah lagi.
"Saya memang pernah jadi pengkid dulu, tapi tak lama. Mula dari tomboy masa sekolah dan lepas sekolah saya ambil keputusan jadi pengkid.
"Mula umur 15 tomboy, habis sekolah umur 18 tu dah jadi pengkid sampai sambung pengajian.
"Tapi saya berubah sebab kawan-kawan baik tegur dan saya fikir sampai bila nak jadi macam ni, bila orang sekeliling pandang," ujarnya ketika dihubungi Mstar.
Mengulas mengenai penerimaan keluarganya, Atyn berkata, mereka begitu gembira dengan perubahan dirinya. Malah, dia juga sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.
Biarpun kini sudah berpakaian seperti wanita biasa, Atyn berkata sukar untuk dia mengubah personaliti semulajadinya yang agak kasar.
"Dulu keluarga pun bising tapi mereka memang tahu saya ramai kawan lelaki, saya tak ada kawan perempuan. Jadi lama-lama mereka pun faham.
"Bila berubah jadi perempuan balik, mereka gembira. Perangai kasar saya masih macam dulu cuma pemakaian saya perlahan-lahan ubah," ujarnya lagi.
Tweet tersebut menerima lebih 12,000 ulang kicau (retweet) dan menerima lebih 8,000 tanda suka.
Menurut Atyn lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu bakal mendapat perhatian ramai sehingga ia tular di laman Twitter.
Idea untuk membuat perkongsian mengenai transformasi itu juga timbul sewaktu dia membelek gambar lamanya yang jauh berbeza dengan dirinya sekarang.
"Bila scroll gambar-gambar lama, end up saya dah kahwin, macam tak percaya pula saya boleh berubah dengan drastik," ujar Atyn.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter turut memuji transformasi tersebut dan ramai yang mengagumi kejelitaan Atyn menerusi fotonya dalam busana perkahwinan berona putih yang dimuat naik menerusi Tweet tersebut.
"Pengkid ni kalau dah berubah jadi ayu balik aduh dua kali cantik dari perempuan yang acah-acah cantik ni," tulis @lxxxco.
"You're so beautiful babe, by the way baju kahwin you cantik, congrats," tulis @Hajar_Arfah.
"Jadi pengkid handsome, jadi perempuan cantik pulak tu. Haishhh untung siapa dapat," tulis seorang lagi netizen. - Mstar
Demikianlah Artikel Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa…
Sekianlah artikel Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa… dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/menyesal-jadi-pengkid-dulu-buang-masa.html