Judul : Menteri PH Buta Protokol Surat Rasmi
link : Menteri PH Buta Protokol Surat Rasmi
Menteri PH Buta Protokol Surat Rasmi
Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli mengeluarkan surat menggunakan kepala surat (letter head) rasmi Menteri Persekutuan untuk mengucapkan takziah. Ucapan takziah di antara negara adalah di bawah bidang kuasa Wisma Putra, bukan di bawah Menteri berkenaan.
Perlu juga di maklumkan Wisma Putra ada protokol yang perlu dipatuhi. Bukan semua orang yang meninggal dunia, Wisma Putra perlu mengeluarkan surat takziah bagi pihak DYMM YDP Agong dan / atau Perdana Menteri. Ada protokol yang perlu dipatuhi.
Seseorang Menteri boleh mengeluarkan surat takziah rasmi jika rakan sejawatnya di negara lain meninggal. Ini bermakna atas kematian Menteri yang memegang portfolio yang sama di peringkat nasional atau persekutuan sahaja, dan bukan di peringkat negeri atau daerah. Dalam hal ini ada protokol yang perlu dipatuhi.
Namun, Menteri boleh mengucapkan takziah tanpa kepala surat rasmi Kerajaan Malaysia di dalam bahasa apa pun kepada sesiapa pun melalui laman sosial media beliau, dengan syarat ianya bersifat surat peribadi.
Kesimpulannya, malu bertanya sesat jalan. Tak tahu protokol, bertanyalah wahai Pak Menteri.
Demikianlah Artikel Menteri PH Buta Protokol Surat Rasmi
Sekianlah artikel Menteri PH Buta Protokol Surat Rasmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri PH Buta Protokol Surat Rasmi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/menteri-ph-buta-protokol-surat-rasmi.html