Judul : KPM keluar arahan henti langgan akhbar Utusan Malaysia
link : KPM keluar arahan henti langgan akhbar Utusan Malaysia
KPM keluar arahan henti langgan akhbar Utusan Malaysia
Imej via Malaysiakini |
"Untuk makluman, menteri pendidikan memohon agar langganan suratkhabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej, dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta," kata memo berkenaan.
Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.
Seorang pegawai Kementerian Pendidikan ketika dihubungi mengesahkan memo berkenaan.
Pegawai berkenaan yang minta namanya tidak didedahkan berkata Kementerian Pendidikan juga sedan meneliti untuk membatalkan langganan suratkhabar lain.
"Ini bagi menjimatkan kos kerana pada hari ini berita sama boleh dibaca di atas talian," katanya.
Utusan dilihat mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, suratkhabar berkenaan sekian lama mendapat sokongan kerajaan kerana kaitannya dengan Umno.
BN yang diterajui Umno tewas dalam pilihan raya umum bersejarah 9 Mei lalu.
Sumber: Malaysiakini
loading...
Demikianlah Artikel KPM keluar arahan henti langgan akhbar Utusan Malaysia
Sekianlah artikel KPM keluar arahan henti langgan akhbar Utusan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KPM keluar arahan henti langgan akhbar Utusan Malaysia dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/kpm-keluar-arahan-henti-langgan-akhbar.html