Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN

Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN
link : Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN

Baca juga


Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui Pakatan Harapan (PH) lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) kerana memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang biarpun jumlahnya kurang berbanding ahli parlimen kerajaan.

"Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dari PH, pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dahulu yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang," kata Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya.

Namun, ahli parlimen Rembau itu berharap di masa akan datang kerajaan dapat mempertimbangkan jumlah yang sama untuk wakil rakyat BN.

"Atas semangat Malaysia baharu, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya," katanya lagi.

Untuk memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pengagihan peruntukan itu, Khairy mencadangkan supaya syarat dan pemantauan ketat serta audit boleh dilakukan terhadap anggota parlimen yang menguruskannya.

Selain itu, Khairy juga berharap agar kerajaan dapat pertimbangkan beberapa langkah pembaharuan yang juga disebut dalam manifesto Pakatan Harapan antaranya kewujudan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau Parliamentary Select Committee untuk menyemak rang undang-undang' kewujudan Jawatankuasa Sementara, bantuan untuk mewujudkan perkumpulan tidak rasmi atau caucus, serta peruntukan masa semasa sidang Dewan Rakyat baik dalam membawa agenda pembangkang untuk perbahasan mahupun sesi khas seperti Soalan kepada Perdana Menteri.

"Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi. Saya akui perkara ini tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN, tetapi semangat Malaysia baharu ini menuntut untuk kita semua berubah, terutamanya BN," katanya.

Beliau juga berharap BN menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak hanya 'membangkang semata-mata kerana kita pembangkang' selain mengingatkan ahli-ahli Dewan Negara yang majoritinya dari BN supaya memberi kerjasama kepada agenda yang dibawa oleh Kerajaan.

"Sebagai contoh, walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat tentang Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan ahli-ahli Dewan Negara BN perlu meluluskan rang undang-undang ini kerana tanpa SST, kutipan hasil Kerajaan akan terjejas dan ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

"Atas prinsip kepentingan negara dan maslahah al-ammah, BN mesti menyokong," katanya. - Astro Awani


Demikianlah Artikel Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN

Sekianlah artikel Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/khairy-akui-pakatan-harapan-lebih-baik.html

Subscribe to receive free email updates: