Judul : 'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin
link : 'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin
'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR – 'Kerja-kerja pembersihan’ di dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang digantung sementara pengurusannya memerlukan masa kira-kira dua bulan lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau berkata ketika ini proses membuang 'sampah sarap' yang berada di dalam agensi kerajaan itu sedang dijalankan, bagi membolehkan ia kembali kepada fungsi asalnya sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar membela peladang di negara ini.
"Kita akan bermula dengan era baru (Nafas), jadi yang mungkin berdepan tindakan perundangan kita izinkan mereka diambil tindakan, manakala yang tidak bersalah jangan bimbang mereka tidak akan diapa-apakan," katanya.
Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama nelayan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Kuala Kedah di sini hari ini yang dihadiri lebih 1,000 nelayan.
Nafas merupakan agensi pertama kementerian itu yang diambil tindakan serius selepas laporan Pendaftar Pertubuhan Peladang mendapati berlaku salah guna kuasa dan ketirisan yang boleh menyebabkan kerugian entiti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Penggantungan pengurusan Nafas berkuatkuasa 1 Jun lalu adalah bagi membolehkan siasatan berkaitan tadbir urus, salah guna kuasa dan ketirisan yang melibatkan anggota Jemaah Pengarah dan pengurusan dilakukan. - Bernama
Demikianlah Artikel 'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin
Sekianlah artikel 'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Sampah sarap' dalam Nafas akan dibersihkan - Salahuddin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/sampah-sarap-dalam-nafas-akan.html