Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya

Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya
link : Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya

Baca juga


Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya



Penduduk berang bunuh 292 buaya
Longgokan bangkai buaya yang dibunuh penduduk kampung bagi membalas dendam kematian seorang lelaki yang diserang reptilia terbabit. - Foto Antara

SORONG - INDONESIA. Sekumpulan penduduk di sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh 292 ekor buaya di sebuah ladang ternakan sebagai tindakan balas dendam selepas seorang lelaki maut akibat terjatuh ke dalam kandang reptilia berkenaan.

Beratus-ratus penduduk kampung Aimas yang bersenjatakan pisau, parang dan cangkul masuk tanpa kebenaran ke ladang ternakan buaya terbabit pada Sabtu lalu selepas mangsa terbabit dikebumikan.

Menurut ketua Badan Konservasi Sumber Alam Indonesia di Papua Barat, Basar Manullang mangsa bernama Sugito, 48, dipercayai memasuki sebuah ladang ternakan buaya untuk mencari rumput bagi haiwan ternakannya sebelum dia diserang reptilia terbabit.

“Seorang pekerja ladang terdengar jeritan dan ternampak seorang lelaki diserang buaya,” kata Basar dalam satu kenyataan.
Ladang terbabit diberi lesen membiak buaya daripada spesies dilindungi untuk tujuan pemuliharaan dan komersial pada tahun 2013.

Namun salah satu syarat, adalah memastikan haiwan berkenaan tidak mengancam penduduk sekitar.
Pihak berkuasa mendakwa gagal menghentikan serangan berikutan jumlah penyerang yang terlalu ramai namun siasatan berhubung insiden sedang dijalankan. - Reuters/AFP


Demikianlah Artikel Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya

Sekianlah artikel Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk balas dendam, bunuh 292 buaya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/penduduk-balas-dendam-bunuh-292-buaya.html

Subscribe to receive free email updates: