Judul : PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim
link : PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim
PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim
Timbalan presiden PAS itu berkata ini disebabkan majoriti undi yang besar pada PRU14 lalu.
KUALA LUMPUR: PAS berkemungkinan besar tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Balakong.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini disebabkan majoriti undi yang besar dalam PRU14 yang lalu.
“Majoriti diperolehi terlalu besar. Kita tak nak habiskan masa rakyat lah untuk berkempen.
“Kecuali kalau kita rasa ada kepentingan sesuatu, baru kita buat keputusan baharu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Dalam PRU14 lalu, Ng Tien Chee (PH) memenangi kerusi Balakong dengan memperoleh 41,768 undi berbanding Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) 6230 undi dan Lim Chin Wah (BN) 5874 undi.
Kekosongan kerusi DUN Balakong berlaku selepas penyandangnya Ng maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, 20 Julai lalu.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September sebagai hari pengundian bagi PRK Balakong.
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 21 hari.
Mengulas mengenai pandangan orang ramai terhadap parti itu apabila tidak bertanding dalam 2 PRK, Tuan Ibrahim berkata itu merupakan hak PAS untuk bertanding di mana-mana.
“Kita pun bukan turun bertanding semberono sahaja. Tempat-tempat yang kita rasa boleh turun, kita turun dan tempat yang kita rasa tak turun kita tak turun.
“Jadi saya fikir kita tak terikat dengan apa-apa. Cuma kita ambil kira faktor lalu dan juga situasi semasa.”
FMT
Demikianlah Artikel PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim
Sekianlah artikel PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/07/pas-mungkin-tak-bertanding-prk-balakong.html